• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kecoh, Macamlah Saya Ni Rosak Akidah” – Ogy

oleh
25/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN pelakon ternama, Fauziah Ahmad Daud memuat naik gambar dengan berlatar belakang tanda salib mengundang kecaman hebat daripada segelintir pengikutnya di Instagram.

Memetik laporan mStar Online, gambar berkenaan diambil ketika pelakon wanita itu berswafoto bersama rakannya di Kings Park and Botanical Garden, di Perth, Australia.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kurang senang terhadap gambar berkenaan kerana tindakan pelakon wanita itu dianggap tidak manis dan tidak bersesuaian sebagai seorang umat Islam.

Sedar isu tersebut menjadi bualan ramai, Fauziah atau lebih mesra dengan sapaan Ogy tidak berdiam diri sebaliknya membuat kenyataan balas bagi menjelaskan keadaan.

Menurut Ogy, tuduhan tidak masuk akal yang dilontarkan itu memberi gambaran seolah-olah dia seorang yang rosak akidah.

Malah, ogy turut menegur pengikutnya yang mempersoalkan mengenai gambar berkenaan dan menjelaskan tanda salib tersebut tidak menggugat imannya.

“Kecoh pasal gambar saya berlatar belakangkan salib dan macamlah saya ni punah akidah segala macam. Agak-agaklah, saya dah 56 tahun, takkan la saya tak tahu agama,” katanya menerusi video yang dimuat naik beberapa jam lepas.

Menerusi entri berkenaan juga, Ogy memberitahu dia tidak lagi akan bertoleransi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah malah menegaskan akan bersuara dengan lebih lantang.

“I will not tolerate nonsense & I say it straight to your face. If you don’t understand English have someone to translate it for you,” tulisnya menerusi kapsyen di video berkenaan.

(Terjemahan: Saya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perkara yang bukan-bukan dan saya biar saya bercakap terus kepada muka anda. Jika anda tidak faham bahasa Inggeris cari seseorang untuk terjemahkan kepada anda).

Sementara itu, difahamkan Ogy berada di Perth bagi menjalani penggambaran drama bersiri arahan Michael Ang berjudul Rahsia Hati Perempuan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ogy Ahmad Daud
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adakah Anak Anda Membesar Dengan Baik?

Next Post

Makcik Bawang Putus Lidah Terlanggar Bonggol

Related Posts

Sambal ‘Saadiah’ Jualan Ogy Pilihan Jemaah Umrah

01/07/2018
0

HEBAT... Selain merupakan seorang pelakon wanita yang hebat dan disegani di Malaysia sehingga kini, rupa-rupanya aktres veteran Fauziah Ahmad Daud...

Aiman Tak Kisah Ditampar, Peminat Pula Yang Over

10/04/2018
0

KADANG-KALA kalau peminat terlampau obses dengan artis, sampai menimbulkan kontroversi, adakah mereka masih dipanggil peminat? Atau seeloknya digelar sebagai perosak...

Next Post

Makcik Bawang Putus Lidah Terlanggar Bonggol

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd