PENYANYI rap yang juga suami kepada Kim Kardashian, Kanye West hilang 9 juta pengikutnya dalam Twitter dalam masa sehari selepas dia memuat naik kicauan yang menyokong Presiden Donald Trump.
Ia gara-gara tindakan Kanye memuat naik gambar topinya yang tertulis ‘Make America Great Again’, iaitu slogan yang digunakan oleh Trump ketika berkempen untuk pilihan raya presiden.
Penurunan jumlah pengikutnya itu disedari selepas salah seorang peminat Kanye, menulis mengenai perkara berkenaan dalam akan Twitternya.
Kanye sebelum ini mempunyai kira-kira 27.8 juta pengikut dalam Twitter dan yang terbaru jumlah sebenar adalah 18.6 juta.
Dia yang baru menyambut kehadiran cahaya mata ketiga dengan Kim, menerusi ibu tumpang, telah menggelar Trump sebagai `brother‘ dan turut menyifatkan mereka berdua mempunyai tenaga seperti naga. – MYNEWSHUB.CC