• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Alirkan Air Sungai Perak Ke Kolam Bukit Merah

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR — Satu kajian semula akan dilakukan bagi membolehkan air dari Sungai Perak dialirkan ke kolam Bukit Merah sebagai usaha membekalkan air ke kawasan jelapang padi di Kerian.

Setiusaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata kajian itu juga bagi membolehkan sebuah kolam takungan dibina bagi menyimpan limpahan air kolam Bukit Merah agar tidak mengalir ke laut dan air itu boleh digunakan semula untuk penanaman padi.

“Kolam Bukit Merah yang berusia 100 tahun itu kini hanya mampu menyimpan 50 peratus air kerana berlaku mendapan yang menyebabkan ia tidak dapat menampung air yang banyak

“Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit bagi membina sistem saliran tetapi sistem saliran masih tidak sempurna dan petani alami kerugian padi setiap musim penanaman padi,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan tabung bencana Tanaman Padi di Tanjung Piandang dekat sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian negeri Noorazmi Yahya berkata, seramai 437 petani di Parit Buntar dan Bota masing-masing menerima bantuan RM817 selepas tanaman padi musnah akibat banjir September tahun lepas.

Katanya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM451,212 bagi membantu kesemua mereka bagi membolehkan mereka mengusahakan semula sawah masing-masing.

Dalam banjir Sept tahun lalu sebanyak 622 hektar sawah padi kompartmen A, B, dan C di Kerian ditenggelami banjir mengakibatkan benih padi yang baru ditabur musnah.

Noorazmi berkata akibat banjir itu, petani terbabit mengalami kerugian RM4,500 bagi setiap satu hektar sawah. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stadium Perak Dicadang Zon Larangan Merokok

11/04/2018
0

IPOH – Kerajaan negeri bercadang mewartakan Stadium Perak sebagai zon larangan merokok bermula dengan aksi pusingan kedua Piala FA 2018...

Carmen Lim Perbaharui Rekod Asia Tenggara

11/04/2018
0

GOLD COAST – Perenang para negara, Carmen Lim yang membuat penampilan sulung di Sukan Komanwel Gold Coast, mencapai sasaran peribadinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd