• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurujual Kereta Didenda, Perdaya Warga Asing

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang jurujual kereta didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini kerana menipu seorang lelaki warga Pakistan berhubung pembelian kereta secara sambung bayar, empat tahun lalu.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Khairul Farhan Ismail, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah memperdayakan Abid Khan Attai Khan, 37, membeli kereta jenis Naza Sutera secara sambung bayar sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM4,000 dan mangsa tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 20 bulan sekiranya gagal membayar denda itu dan tertuduh membayarnya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Syarikat Cinta Impian Mekar Enterprise, Lot 1, Persiaran Pandan 9, Pandan Jaya, di sini pada 8 malam, 26 Mac 2014 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira kes jenayah komersial yang semakin berleluasa selain kerugian yang dialami mangsa apabila tidak memperolehi semula wangnya manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia penanggung utama keluarga.

Mengikut fakta kes, mangsa telah membeli kereta Naza Ria secara sambung bayar daripada tertuduh dan telah membuat bayaran bulanan kepada bank tetapi selepas semua pembayaran diselesaikan, mangsa telah menghubungi tertuduh untuk membuat pertukaran nama hak milik kereta namun sehingga laporan polis dibuat tertuduh tidak melakukan pertukaran hak milik itu dan dia juga gagal dihubungi. – BERNAMA

Tags: jurujualkes tipu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MIB: AS1M Pupuk Budaya Menabung Kaum India

Next Post

MyBas JB Pelengkap Perkhidmatan Bas Sedia Ada

Related Posts

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

17/05/2023
0

Kuala Lumpur : Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menculik dan mengurung seorang jurujual...

Jurujual Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Dibebaskan

28/10/2019
0

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini hari ini, melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu...

Next Post

MyBas JB Pelengkap Perkhidmatan Bas Sedia Ada

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd