Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

CAP Seru Orang Ramai...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menyeru orang ramai...

Cuaca Panas: Sabah Dijangka...

KOTA KINABALU - Sabah akan menghadapi masalah air kritikal ekoran keadaan cuaca panas...

Rombakan Kabinet Sengaja Ditimbulkan,...

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan desas-desus rombakan Kabinet yang dikatakan bakal berlaku selepas...

2 Beranak Maut Motosikal...

JOHOR BAHRU - Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka melanggar bahagian belakang...

Juruhebah Radio Miliki Senjata Api, Peluru Hidup

IPOH – Seorang juruhebah sebuah stesen radio ditahan selepas didapati memiliki senjata api dan peluru hidup dalam pemeriksaan sekatan jalan raya oleh polis trafik di Kilometer 28, Kampung Bahagia, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, dekat sini, hari ini.

Dalam insiden jam 8.30 pagi itu, sepasukan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput menahan sebuah kereta jenis Toyota Wish berwarna kuning yang dpandu oleh juruhebah berusia 47 tahun kerana didapati menggunakan lampu ‘beacon.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, SAC Yahya Abd Rahman berkata pemeriksaan terhadap pemandu mendapati sepucuk pistol semi automatik jenama Walther bersama satu kelopak berisi tujuh butir peluru hidup terselit dipinggangnya.

Susulan pemeriksaan di dalam kereta lelaki itu, katanya, polis menemukan satu lagi kelopak peluru berisi tujuh butir peluru hidup dan 18 butir perluru hidup lain dalam beg sandang yang diletakkan di tempat dudukl penumpang hadapan.

“Jumlah keseluruhan peluru yang dirampas adalah 32 butir jenis 9mm,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut Yahya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui motif sebenar lelaki berkenaan memilik senjata berkenaan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api ( Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki pistol tanpa lesen dan Seksyen 8(a) Akta Senjat Api 1960 kerana memiliki peluru. — BERNAMA

Kategori