• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPB 2018 Sasar Lebih 70,000 Pelajar Ke IPT

oleh AK-47
17/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) menyasarkan lebih 70,000 pelajar Melayu dan Bumiputera menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi program itu pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk JPB Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar berkata seramai 32,000 pejar telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT dalam tiga bulan pertama tahun ini, dengan 29,000 ditempatkan di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional ( TVET) manakala selebihnya ke universiti awam.

“Kita yakin sasaran 70,000 pelajar itu dapat dicapai menerusi 29 siri program JPB yang kita buat seluruh negara pada tahun ini, hingga kini 17 siri telah dilaksanakan,” katanya selepas menghadiri program JPB peringkat Parlimen Tanjong Karang yang dirasmikan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Tan Sri Noh Omar di sini, hari ini.

JPB 2018 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada 14 Mac lalu, bertujuan membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk memartabatkan tahap pendidikan anak-anak ke peringkat lebih tinggi walaupun mempunyai latar belakang berbeza.

​​​​​​​Sahol Hamid berkata program JPB berjaya membantu kira-kira 102,000 pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi sejak dilaksanakan pada 2016.

Katanya setiap pelajar yang menerima tawaran di mana-mana IPT akan mendapat bantuan kewangan RM1,500 daripada Yayasan Bank Rakyat sebagai membantu persiapan mereka ke IPT. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda UMNO Sabah Buat Laporan Polis Klip Video Palsu

Next Post

One Direction Bakal Buat Kemunculan Semula?

Related Posts

No Content Available
Next Post

One Direction Bakal Buat Kemunculan Semula?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd