• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKDM Rampas 1.2j Batang Rokok Keretek

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sungai Petani berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok keretek pelbagai jenama berjumlah 1.2 juta batang dengan nilai rampasan dan cukai dianggarkan berjumlah RM747,936, Khamis lepas.

Pengarah JKDM Kedah, Datuk Johari Alifiah berkata berdasarkan hasil maklumat awam, sepasukan anggota JKDM cawangan Penguatkuasaan Sungai Petani telah mengekori dan menahan sebuah lori bermuatan lima tan, di kawasan tempat letak kereta berhadapan rumah kedai di Pasar Sri Wang, dekat sini.

“Serbuan kira-kira pukul 3 petang itu mendapati muatan lori terbabit mengandungi sejumlah 1.2 juta batang rokok keretek pelbagai jenama, disyaki tidak berkastam, yang kemudiannya disita bersama lori terbabit.

“Susulan itu, kita turut menahan reman pemandu lori (lelaki) berusia 50-an selama 14 hari, bermula 13 April hingga 26 April ini untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Pejabat Cawangan Penguatkuasaan JKDM Sungai Petani di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Kastam Daerah Sungai Petani Mohd Sukri Jusoh.

Sementara itu, Johari berkata siasatan awal mendapati rokok berkenaan adalah untuk pasaran di kawasan utara khususnya Sungai Petani, dan dipercayai dibawa masuk ke negeri ini menerusi jalan darat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini kita siasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda minimum 10 kali ganda nilai kastam atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan boleh memghubungi talian hotline JKDM 1-800-888-855 untuk menyalurkan maklumat,” katanya. – BERNAMA

Tags: KastamRampas Rokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd