• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasa Tidak Terjejas Sebagai Organisasi Kerajaan

oleh Ahmad Albab
28/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peletakan jawatan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tidak akan menjejaskan pendirian dan fungsi jabatan itu sebagai sebuah organisasi kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pegawai-pegawai Jasa di seluruh negara akan terus melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan.

“Saya telah bertemu dengan pegawai-pegawai kanan Jasa di peringkat pusat dan negeri-negeri, dan mereka telah memberi jaminan bahawa peletakan jawatan Datuk Dr Puad tidak menjejaskan pendirian dan fungsi JASA sebagai sebuah organisasi kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul soal bahawa jentera Jasa akan terjejas seperti yang didakwa oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mohd Puad pada Rabu (25/4) dalam laman Facebook miliknya mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Jasa, rentetan tidak disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mohd Puad telah berkhidmat selama tiga tahun sebagai Ketua Pengarah Jasa.

Salleh juga berkata beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad mengenai surat peletakan jawatan Mohd Puad yang berkuat kuasa pada 26 April 2018.

“Bagi pihak diri saya serta warga KKMM, kami mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas segala sumbangan dan jasa beliau sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakPuad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

Kes Saman Muhyiddin Terhadap Puad Zarkashi Selesai Secara Baik

29/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Kes saman difailkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung kenyataan yang didakwa...

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

Puad: Hishammuddin Tak Serik, Penggerak Utama SD Sokong Muhyiddin

28/01/2023
0

Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mendakwa Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein terpaksa digantung keahlian kerana memainkan peranan utama mengumpulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd