• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sabotaj Parti Sendiri – MB Perak

oleh AK-47
20/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin dan anggota yang cuba mensabotaj calon yang terpilih mewakili parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, BN tidak akan berkompromi dengan anggota parti yang melakukan tindakan sedemikian kerana ia boleh menjejaskan imej dan kredibiliti parti.

Katanya, pemantauan secara berterusan akan dilakukan oleh pihak parti bagi membendung perkara itu daripada berlaku.

“Orang yang mensabotaj parti adalah yang sangat besar dari segi kesalahannya. Yang ini bukan hanya kita takkan bertolak ansur malah pembangkang sekalipun akan buat tindakan sama.

Pihak kita sedang memantau mereka yang sedang atau cuba melakukan tindakan tersebut,” kata beliau yang juga Menteri Bsar Perak pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Hak Milik Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) di Dewan Komuniti Chemor, di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang penyandang kerusi wakil rakyat di Perak dilaporkan telah disabotaj pihak tidak bertanggungjawab melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, pihaknya mahu pemimpin dan anggota akar umbi BN Perak berlapang dada selain menghormati segala keputusan yang dibuat berhubung calon yang akan dipilih sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat namun dalam konteks BN apabila seseorang itu dinamakan sebagai calon BN maka kita perlu berikan sokongan tidak berbelah-bahagi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, pada ketika ini jentera BN Perak tidak terganggu dengan isu berkenaan selain yakin setiap pemimpin dan anggota akar umbi akan mengutamakan kemenangan parti berbanding kepentingan individu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

KPT Pantau Kebajikan Tujuh Pelajar Malaysia Di Iran

24/06/2025
0

LANGKAWI - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau keadaan tujuh pelajar Malaysia yang masih berada di Iran susulan ketegangan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd