• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaafar Buat Pusingan U Kembali Ke Pangkuan PAN

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsuddin hari ini membuat pusingan ‘U’ apabila memutuskan untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan selepas bertindak keluar parti pada Rabu lepas.

Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata bermula hari ini Jaafar akan bersama-sama dengan jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei ini.

“Jaafar akan bertugas sebagai anggota PAN dan Ketua Kawasan Kota Raja. Berhubung jawatan beliau sebagai pengarah pilihan raya PAN Selangor ia akan dibawa dalam perbincangan di peringkat nasional,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jaafar di sebuah hotel di sini hari ini.

Pertemuan kira-kira sejam itu turut dihadiri antaranya Penolong Setiausaha PAN Kota Raja, Mohd Norddin Che Omar dan Pengerusi Biro Integrasi PAN Selangor, S. Lakshamanan.

Sementara itu, Jaafar berkata beliau akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung PAN hari ini berhubung hasratnya untuk menyertai semula parti berkenaan.

Pada Rabu lepas, Jaafar yang keluar daripada PAS dan menyertai PAN pada 2016, dilaporkan bertindak keluar parti kerana kecewa dengan sikap kepimpinan parti yang tidak menghiraukan suara anggota parti serta atas beberapa alasan peribadi. – BERNAMA

Tags: PANPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd