• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istanbul Ceria Dipenuhi Festival Tulip Sepanjang April

oleh
17/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih 565,000 batang pokok bunga tulip dengan motif Turki ceria menghiasi kawasan masuk Muzium Hagia Sophia sempena Pesta Tulip Antarabangsa ke-13 di Istanbul, Turki sepanjang April.

Tulip berasal dari tengah Anatolia di bahagian timur Turki pada abad ke-11 sebenarnya mula ditanam secara besar-besaran oleh empayar khalifah Uthmaniyyah yang turut membawa spesies bunga tersebut masuk ke kota Istanbul.

Perkataan tulip itu sendiri sebetulnya berasal dari perkataan Turki iaitu ‘tulbent’ yang merujuk kepada gaya bentuk serban dipakai sultan semasa pemerintahan dinasti Islam berkenaan sebelum tumbang pada awal abad ke-20 lalu.

Tulip dikatakan kemudian dibawa ke rantau Eropah Barat, terutama Belanda yang kini dianggap sebagai pengeluar ternama bunga berkenaan di dunia; pada dekad 1550-an oleh seorang duta ke empayar Uthmaniyyah ketika itu.

Baca: Turki Cipta Kerusi Tulip Khas Wanita Di Taman Awam

Festival tahunan tersebut mula diperkenalkan pemerintah Turki sejak 2006 yang lazimnya menyaksikan seluruh bandar raya terbesar negara itu penuh tulip berwarna merah, kuning, putih, merah jambu dan ungu selama sebulan.

Dianggarkan terdapat lebih 30 juta batang pokok bunga itu ditanam di Istanbul dan tumpuan pelancong luar tentu di Emirgan Park atau taman tulip, dekat Bosphorus di Sariyer, tidak jauh dari jambatan kedua selat Bosphorus.

Untuk edisi kali ini, penganjur menawarkan 125 spesies yang berbeza malah dataran Sultanahmet berubah menjadi seumpama permaidani tulip terbesar di dunia dengan keluasan 1,734 meter persegi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: istanbultulipTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

Gempa Bumi Magnitud 6.2 Gegar Istanbul

23/04/2025
1

ISTANBUL - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul,...

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

07/02/2023
0

HATAY : Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd