• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Import Minyak Sawit India Meningkat

oleh AK-47
17/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Import minyak sawit India bagi tempoh lima bulan sehingga Mac lepas, meningkat kepada 3.79 juta tan berbanding 3.55 juta tan pada 2017.

Peningkatan itu turut dikaitkan dengan langkah kerajaan Malaysia melanjutkan pelaksanaan skim eksport minyak sawit mentah tanpa duti eksport selama tiga bulan, sebelum ini.

Menurut Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA), import minyak sawit menyumbang 66 peratus daripada jumlah import minyak sayuran India bagi tempoh November 2017 sehingga Mac 2018.

Negara pembeli minyak sayuran terbesar dunia itu mengimport 5.93 juta tan minyak berkenaan dalam tempoh kajian berbanding 5.80 juta tan sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada jumlah itu, minyak makan menyumbang sebanyak 5.78 juta tan.

Bagi tempoh lima bulan tersebut, import minyak sawit olein RBD turut menyaksikan aliran penurunan apabila berkurangan kepada 770,581 tan berbanding 1.135 juta tan sebelumnya.

“Import minyak makan mentah meningkat kepada 5.0 juta tan berbanding 4.54 juta tan (Nov 2016 – Mac 2017), terutamanya disebabkan oleh peningkatan import minyak sawit mentah (MSM) dan minyak bunga matahari manakala minyak soya berkurangan,” kata persatuan itu.

Mengulas stok minyak makan di pelbagai pelabuhan setakat 1 April, 2018, SEA menganggarkan ia sebanyak 770,000 tan dengan MSM sebanyak 350,000 tan.

Baki stok itu merangkumi masing-masing minyak sawit olein RBD (160,000 tan), minyak soya (80,000 tan), minyak bunga matahari mentah (160,000 tonnes) dan minyak biji sawi (20,000 tan).

SEA berkata, jumlah stok itu mencecah kira-kira 1.34 juta tan setakat 1 April, 2018. – BERNAMA

Tags: minyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd