• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Pastikan Anak Manfaat Tuisyen Rakyat

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta ibu bapa sentiasa memastikan anak mereka memanfaatkan sebaik mungkin Tuisyen Rakyat@KKLW agar program itu berjaya mencapai matlamatnya dalam me­ningkatkan kecemerlangan pendidikan khususnya melibatkan masyarakat luar bandar.

Beliau berkata program itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana ia adalah antara kemudahan untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan kepada golongan pelajar yang kurang berkemampuan.

“Pelaksanaan program ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menentukan agar rakyat di luar bandar juga diberikan kemudahan bagi membolehkan mereka menikmati apa sahaja kemudahan yang ada di kawasan-kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Tuisyen Rakyat@KKLW Peringkat Parlimen Kota Belud di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan 2, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Datuk Zahida Zarik Khan berkata program itu dilaksanakan menerusi konsep tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh semua agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Pada tahun lepas kira-kira 28,000 pelajar telah mendapat faedahTuisyen Rakyat@KKLW melalui 600 pusat tuisyen di seluruh negara, manakala untuk 2018, jumlah pusat tuisyen dijangkakan sebanyak 559 pusat dengan sasaran 30,000 pelajar akan mendapat faedah,” kata Zahida.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Pengerusi YPM Maslina Aloh.

Zahida berkata program Tuisyen Rakyat@KKLW di kawasan Parlimen Kota Belud melibatkan 100 pelajar dari SMK Pekan 1 dan SMK Pekan 2.

“Oleh itu ibu bapa perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin untuk membangunkan dan memberi peluang kepada keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: KKLWTuisyen Percuma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

639 Calon SPM Ikuti Tuisyen Percuma Anjuran PTPTN

27/04/2018
0

LENGGONG, 27 April (Bernama) — Seramai 639 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar Parlimen Lenggong di sini dipilih mengikuti Program...

Kedah Terima RM48.1 Juta Laksana 19 Projek Dari KKLW

14/02/2018
0

SUNGAI PETANI - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sejumlah RM48.1 juta untuk melaksanakan 19 Projek Quick Win...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd