• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa & Guru Perlu Fahami Kaedah Pembelajaran

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Ibu bapa dan guru khususnya perlu memahami kaedah pembelajaran yang telah banyak berubah berbanding dahulu supaya dapat memenuhi tuntutan anak-anak masa kini, titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah tuntutan pembelajaran abad ke-21 adalah melahirkan pelajar yang mampu bersaing dan menangani cabaran di peringkat global.

“Dalam mendepani cabaran ini, ibu bapa dan guru hendaklah sentiasa kompeten, mengemas kini pengetahuan dan bijaksana menghadapi perubahan seiring dengan keperluan anak-anak, titah baginda yang berkenan merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma 2018 di sini, hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Sirajuddin menyarankan ibu bapa dan guru sentiasa memberi nilai tambah pada diri sendiri dengan terus belajar dan menimba ilmu pengetahuan supaya kekal relevan dengan peredaran zaman.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra kepada Nur Fatin Farhana Mohd Azimuddin dan anugerah Tokoh Pelajar kepada Najah Afiqah Rose Aza.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berkenan menyampaikan anugerah Kokurikulum Lelaki dan Perempuan kepada Muhammad Firdaus Khairul Anuar dan Nur Nadhirah Azmi.

SMK Derma dinobatkan sekolah terbaik keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017.

Bagi SPM, 23 calonnya memperoleh semua A manakala bagi STPM mencatat nilai Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi iaitu 3.10 dan menjadi sekolah pertama di Perlis yang memperoleh keputusan lulus penuh 100 peratus (Empat Prinsipal). – BERNAMA

Tags: Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Perlis Berkenan Menerima Menghadap Muhyiddin

05/03/2021
0

ARAU - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan...

Sukan Mampu Jana Ekonomi Pelancongan

14/08/2017
0

ARAU - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah sukan adalah bentuk pelaburan yang sihat dan menguntungkan jika dilaksanakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd