• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hormati Undang-Undang Menjelang Pilihan Raya

oleh AK-47
07/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak semua pihak supaya menghormati peruntukan undang-undang pilihan raya demi keamanan dan keselamatan negara menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata walaupun berbeza ideologi politik, ia tidak bermakna seseorang itu boleh melakukan perkara negatif hingga menyebabkan rakyat berpecah-belah.

“Kita (PAS) sudah lama bersedia. Setakat ini tidak pernah membuat salah laku dalam pilihan raya dan kita harap parti lain juga mesti konsisten dengan undang-undang pilihan raya. PAS telah membawa satu konsep politik baharu iaitu budaya politik matang dan sejahtera,” katanya mengulas mengenai pengumuman pembubaran Parlimen hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa esok.

Sementara itu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berdepan dengan cabaran partinya dibubar sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), bertegas akan mencari jalan untuk bertanding.

“Hanya ini peluang untuk mencapai demokrasi,” katanya dalam sidang media hari ini.

Semalam, RoS mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap PPBM selain memberikannya tempoh 30 hari untuk melengkapkan butiran yang diperlukan atau berdepan pembubaran mutlak.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Syed Ibrahim Syed Noh berkata PKR sudah bersedia menghadapi PRU14 dan pengumuman pembubaran Parlimen telah lama dinantikan.

“PRU14 ini ialah antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN). Satu lawan satu. Prinsip itu dipegang bersama dalam Pakatan Harapan,” katanya kepada Bernama di sini.

Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan bagaimanapun mengakui Pakatan Harapan terkesan dengan pembubaran sementara PPBM .

“Pembubaran itu adalah antara masalah yang dihadapi Pakatan Harapan sekarang selain daripada penggunaan satu logo gabungan empat parti pembangkang pada PRU akan datang.

PKR, DAP, Amanah dan PPBM telah membentuk Pakatan Harapan pada 2015 dan secara sepakat telah meletakkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya kali ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Takut PRU-14, DUN P.Pinang Hanya Bubar Minggu Depan

Next Post

Polis Maut Kereta Peronda Dirempuh

Related Posts

Abdul Hadi Nafi Konflik Dengan MB Terengganu

05/12/2018
0

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berlakunya krisis dalaman parti antara beliau dan Menteri Besar...

PAS Gesa Bertenang, Tidak Cetus Sentimen Negatif

27/11/2018
0

PAS menyeru semua pihak agar bertenang dan tidak mencetuskan sebarang sentimen tidak sihat di kalangan masyarakat awam. Presidennya, Datuk Seri...

Next Post

Polis Maut Kereta Peronda Dirempuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd