• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hairul Azreen Ubah Imej Demi Impian Ke Hollywood

oleh
02/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUAMI kepada pelakon Hanis Zalikha iaitu Hairul Azreen dikatakan terpaksa mengubah penampilan diri demi mengejar impian untuk membawa nama ke Hollywood.

Menurut Hairul, dia perlu menguruskan badan, menggelapkan kulit wajah dan juga menyimpan misai untuk mendapatkan tawaran berlakon dalam filem aksi.

“Sebenarnya semua filem aksi yang saya lakonkan ini ialah untuk mencari peluang ke Hollywood. Kelebihan saya adalah berlawan.

“Tapi saya tak pernah dapat peluang sebab penampilan. Sebab itu saya kuruskan diri, simpan misai dan gelapkan muka untuk filem.

“Kalau tak, kebanyakkan pengarah kata saya tak sesuai untuk filem aksi. Kalau perasan saya dah dua atau tiga tahun tak berlakon drama,” kata Hairul dipetik mStar Online.

Tambah Hairul, berkemungkinan besar selepas ini dia akan berhenti mengambil tawaran berlakon watak beruniform tetapi tidak akan menolak sekiranya jalan cerita dilihat gempak dan menarik.

“Rasanya selepas ini saya tak nak ambil mana-mana tawaran watak anggota beruniform lagi. Sebab saya dah pernah jadi pegawai rela, bomba, polis dan yang paling saya nak paskal.

“Saya rasa dah cukup sebab semua yang saya impikan dah dapat. Kalau selepas ini ada lagi, mungkin tengok pada keadaan. Kalau cerita itu gempak dan sangat menarik, Insya-Allah saya akan buat juga,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hairul dikatakan bakal muncul dengan filem terbaru bertajuk, Qhaliq yang bakal ditayangkan pada 5 April depan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Hairul AzreenHanis Zalikha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi ‘Hand Stand’ Undang Padah, Anak Bukan Sarkas

18/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini dikecam teruk apabila memadam komen teguran yang diberikan angkasawan negara, Dr. Sheikh...

Hairul Ditegur Sengaja Buat Hati Hanis Zalikha Tak Tenteram

09/08/2018
0

PELAKON Hairul Azreen ditegur apabila sengaja mengundang rasa sedih isterinya, Hanis Zalikha dengan memuat naik sebuah video memaparkan momen indah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd