• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadiah Lumayan Pemenang Undi Nama Proton SUV

oleh
05/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKIAN lama menanti Proton mengeluarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama, syarikat automotif itu memberi tanda bakal lancar ‘ahli baharu’ itu menerusi misi pencarian nama sesuai.

Hebahan mengenai perkara itu disiarkan melalui laman Facebook rasmi ProtonCarsOfficial, dengan pihaknya telah meminta orang ramai untuk tampil melakukan undian pilihan nama yang sesuai untuk model SUV berkenaan.

Menariknya netizen yang menyertai undian terbabit akan diberi peluang untuk memenangi hadiah istimewa. Pihak Proton malah menyediakan empat nama yang boleh diundi oleh orang ramai iaitu X7, PX7, X70 dan X700.

Pengundian yang bermula pada 2 April lalu berlangsung selama sebulan dengan menawarkan hadiah wang tunai RM100,000 dan lima pemenang utama akan dipilih mengikut maksud terbaik diberi di sebalik nama yang diundi.

Selain itu, terdapat juga hadiah lain yang berupa undangan eksklusif VIP pada majlis pelancaran rasmi dengan pemenang bakal diberi penghormatan untuk menjadi invidivu pertama dapat memandu uji SUV berkenaan.

Manakala, orang ramai yang memberikan idea kreatif berkaitan cadangan nama juga akan memperoleh hadiah berbentuk pakej pelancongan untuk dua orang selama empat hari tiga malam ke Hangzhou dan Shanghai di China.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata ia sebagai tanda berkongsi pengenalan SUV ini dengan semua rakyat dengan menawarkan ganjaran dalam membuat undian nama sesuai untuk SUV itu.

“Disebabkan itu, kami mahu berkongsi perkara ini dengan semua rakyat Malaysia dan menawarkan ganjaran istimewa kepada mereka yang turut serta dalam proses undian nama ini,” ujar beliau dipetik media tempatan.

SUV bakal dikeluarkan oleh Proton tidak lama lagi adalah hasil usaha sama yang dibangunkan Proton bersama-sama dengan Geely. Ia berdasarkan model Boyue yang dibangunkan oleh bekas pereka kereta Volvo, Peter Horbury.

Beliau kini mengetuai studio reka bentuk Geely yang terletak di Gothenburg, Sweden; Shanghai, China; Barcelona, Sepanyol dan Los Angeles, Amerika Syarikat. Geely ketika ini mempunyai 300 pereka dari pelbagai latar belakang.

SUV kini merupakan segmen pasaran automotif terbesar di dunia. Proton yang dimiliki DRB-Hicom Bhd. dan Geely, berhasrat menjual model paling laris di China dengan menembusi pasaran Malaysia dan kemudian Asia Tenggara.

Pengeluaran model SUV tersebut bakal menjadikan 2018 sebagai tahun yang sibuk di kilang Proton di Tanjung Malim, Perak sekali gus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: GeelyProton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd