• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Wanita Maut 2 Kereta Bertembung

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITIAWAN – Seorang guru wanita maut apabila kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kenderaan lain di Batu 14 Lekir di sini, tengah malam tadi.

Dalam nahas jam 12.05 tengah malam, Rohani Zakari, 53, yang memandu kereta Proton Saga FLX, maut di tempat kejadian akibat parah di kaki dan kepala.

Suami mangsa yang juga anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Amir Hamzah Idris, 54, yang berada di tempat duduk penumpang depan, cedera pada bahagian muka, kaki dan tangan.

Bagaimanapun, anak perempuan mereka yang duduk di kerusi penumpang belakang, Nurul Afiqah, 18, tidak cedera.

Pemandu Perodua Myvi yang bertembung dengan kenderaan mangsa, Mohd Hafiz Abdul Habib, 31, pula patah kaki.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata siasatan mendapati kereta Proton Saga FLX terbabit dari arah Teluk Intan menghala ke Sitiawan, manakala Perodua Myvi dari arah bertentangan.

Beliau berkata, kereta dipandu Rohani dipercayai tiba-tiba memasuki laluan Perodua Myvi sebelum kedua-dua kenderaan itu bertembung.

“Kemalangan itu menyebabkan wanita terbabit parah di kaki serta kepala, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu Perodua Myvi dan suami mangsa di kerusi penumpang depan Proton Saga FLX yang cedera dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) bagi mendapatkan rawatan.

“Anak perempuan pasangan terbabit tidak cedera,” katanya.

Muhammad Hanif berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HSM untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan yang tiba di lokasi mendapati seorang wanita tersepit, manakala dua mangsa lelaki yang cedera sudah dikeluarkan oleh orang awam.

“Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Semua mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan yang tiba untuk tindakan lanjut dan operasi diketuai Khairul Azizi Kamarudin tamat jam 1.13 pagi,” katanya. – BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Tags: guru wanitakemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd