• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaya Rambut Ala ‘Hipster’, Singa Kenya Jadi Perhatian

oleh
23/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMILIKI gaya rambut ala ‘hipster’, seorang jurugambar telah merakam imej seekor singa tersebut di Taman Negara Nairobi, Kenya baru-baru ini.

Gambar singa yang sempat diambil itu memaparkan keadaan haiwan liar terbabit cukup ‘bergaya’ dengan rambutnya terpacak dan janggut yang tidak dicukur menunjukkan satu kelainan haiwan ini daripada singa-sianga lain yang sama spesies dengannya.

‘Raja Rimba’ itu kelihatan sedang berehat dan santai menyebabkan seorang jurugambar yang berada di sekitar kawasan tersebut dapat merakam gambar haiwan liar itu secara senyap-senyap.

 “Saya merasakan rambutnya cukup hebat dan terpanggil untuk mengambil gambarnya,” kata Paras Chandaria yang pernah memenangi anugerah jurugambar hidupan liar terbaik.

Lapor Daily Mail, Chandaria sering ke taman tersebut menggunakan kenderaannya untuk mengambil gambar haiwan-haiwan liar.

“Gambar yang dirakam menerusi kamera saya membuktikan bagaimana cara kehidupan sebenar hidupan liar tersebut.

“Setiap gambar juga mempunyai nilai kreatif dan emosi yang dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai keindahan hidupan liar di sekeliling kita,” ujarnya lagi.

Singa jantan di negara ini pernah tercatat antara singa terberat di benua Afrika dengan berat mencapai 272 kilogram (kg). Sementara singa betina terberat yang pernah ditemukan di Afrika Selatan dengan beratnya mencapai 152 kg.

Populasi singa di seluruh dunia telah berkurang dengan agak drastik dalam 100 tahun kebelakangan ini, dari sekitar 200,000 ekor menjadi antara 20,000 hingga 39,000 ekor yang tinggal. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: JurugambarKenyasinga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

10/01/2025
0

PETALING JAYA: Seorang jurugambar bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen...

Jurugambar Lalukan Amang Seksual Didakwa

Jurugambar Lalukan Amang Seksual Didakwa

30/08/2023
0

PASIR MAS : Seorang jurugambar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd