• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Kontroversi, Uqasha ‘Kunci Mulut’ Soal Peribadi

oleh
04/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UQASHA Senrose mungkin menjadi satu nama yang kerap menjadi bahan perbincangan dalam kalangan netizen dek pelbagai terpalit dengan pelbagai kisah negatif yang tak berkesudahan.

Enggan terus terheret dengan mana-mana gosip dan kontroversi, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mengambil pendekatan untuk tidak bercakap soal peribadi terutama sekali berkaitan jodoh.

Sebaliknya, Uqasha berkata, dia lebih selesa untuk berkongsi hal berkaitan kerjaya dan merasakan cukup sudah berbicara soal cinta yang galak diperkata sepanjang tahun lepas.

“Saya tidak mahu lagi bercakap tentang cinta. Usia saya baru 26 tahun, jadi masih banyak perkara terutama kerjaya yang hendak dilakukan.

“Kalau hendak dikira sebagai pelakon yang banyak kisah sensasi, rasanya bukan saya seorang. Namun saya sentiasa cuba belajar daripada pengalaman.

“Mungkin kerana saya pun masih muda, jadi apa sahaja yang saya lakukan pastinya ada yang tidak kena dan mendapat perhatian,” katanya dipetik sebuah portal Online.

Sementara itu, ditanya mengenai perasaan bergandingan dengan pelakon, Beto Kusyairy menerusi telefilem bertajuk Esok Untuk Kita, Uqasha mengakui amat teruja apabila membintangi telefilem berkenaan.

Uqasha berkata, dia sangat berbesar hati kerana berpeluang bekerja dengan bintang besar dalam industri kerana kerana banyak ilmu yang dapat ditimba supaya mampu menjadi pelakon yang lebih baik.

“Dalam mencipta nama dan mencari ilmu, saya tidak pernah memilih setiap kali dapat tawaran. Saya suka mencuba dan membuat sesuatu yang baharu.

“Saya juga tak kisah sekiranya digandingkan dengan pelakon yang belum pernah kerja bersama atau syarikat produksi baharu. Bagi saya, gandingan pertama kali mampu memberi ilmu dan pengalaman yang berbeza.

“Namun menerusi telefilem tersebut, saya gembira dipertemu lagi dengan Beto. Dia seorang pelakon yang bagus dan sangat membantu ketika kami menjayakan penggambaran,” ujar Uqasha.

Esok Untuk Kita, sebuah telefilem yang mengisahkan Zulia lakonan Uqasha yang menghidap kanser dan ingin melihat suaminya Hisham (Beto) mengahwini rakannya sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: uqasha senrose
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Kamal Adli, Uqasha Senrose Rasmi Bergelar Suami Isteri 5 November Lalu

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan mereka sudah bergelar suami isteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd