• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditangkap Orang Awam Selepas Ragut Warga Emas

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang jurukimpal berputih mata apabila ditangkap orang awam ketika cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Pasar Awam Kluang, dekat Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamed Laham berkata saksi kejadian yang merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun menerusi laporan polisnya memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi tadi.

“Pengadu (saksi kejadian) melihat suspek yang menaiki motosikal menghampiri mangsa sebelum menarik beg dan cuba melarikan diri.

“Mangsa terjatuh dan terus menjerit meminta tolong sehingga mendapat perhatian orang awam di pasar berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamed berkata orang awam kemudian bertindak menahan suspek menyebabkannya hilang kawalan dan terjatuh daripada motosikal lalu dicekup serta diserahkan kepada polis.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati suspek berumur 39 tahun yang juga penduduk tempatan di situ positif dadah jenis morfin.

Siasatan awal turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan perbuatan khianat, mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Mohamed berkata permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok dan polis kini sedang mencari wanita warga emas berkenaan yang masih belum membuat laporan berhubung kejadian itu. – BERNAMA

Tags: kes ragut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Yakin PRU Memihak Kepada BN – Bloomberg

Next Post

Peminat ‘Restu’ Zul-Farah, Takkan Bercinta Dengan Lizzy

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

06/04/2025
0

SEGAMAT, 5 April 2025 – Polis Daerah Segamat sedang giat menyiasat satu kes ragut yang tular menerusi rakaman video berdurasi...

Next Post

Peminat 'Restu' Zul-Farah, Takkan Bercinta Dengan Lizzy

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd