• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Bandar Kantoi Edit Gambar Lawat Kawasan

oleh Haris
24/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ahli politik di Brazil menjadi terkenal dalam sekelip mata apabila gambarnya ‘turun padang’ melawat tapak pembinaan didakwa telah disunting menggunakan perisian Photoshop menjadi tular.

Gambar tersebut menunjukkan Datuk Bandar Alvorada, José Arno Appolo do Amaral dan timbalannya, Valter Slayfer melawat tapak kapal korek di bandar Alvorada, Rio Grande do Sul, Brazil nampak jelas telah disunting.

Menurut akhbar tempatan Correio do Povo, gambar tersebut pada mulanya dimuat naik oleh akaun Facebook Perbandaran Alvorada bersama dengan keterangan panjang yang memperincikan lawatan tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, Amaral dan Slayfer dikatakan berpuas hati kerja-kerja hidraulik yang dijalankan selepas mengawal dan melihat sebahagian daripada operasi itu.

Bagaimanapun, orang ramai yang menyaksikan gambar tersebut mula curiga memandangkan Amaral dan Slayfer berdiri jauh dari tapak tersebut sambil dilihat memberikan arahan kepada penyelia tapak.

Netizen di Facebook segera mempersoalkan keaslian gambar tersebut selepas kedudukan dan cara kedua-dua mereka berdiri kelihatan pelik selain warna tubuh mereka berbeza dengan warna persekitaran kawasan itu.

Apabila foto tersebut menjadi tular, orang ramai bertindak menyunting gambar Amaral dan timbalannya dan dicantumkan dengan gambar-gambar lain menggelikan hati orang ramai.

Sedar akan keadaan itu, pentadbir akaun Facebook perbandaran berkenaan memadam gambar yang telah dimuat naik itu tanpa sebarang penjelasan.

Tindakan itu ternyata sudah terlambat apabila Amaral, Slayfer dan penyelia projek berkenaan kini menjadi meme popular apabila gambar mereka telah diubahsuai oleh netizen yang sememangnya kreatif.

Ketika akhbar tersebut menghubungi pengarah komunikasi Perbandaran Alvorada, Celso Dornelles, dia menafikan bahawa gambar itu telah ‘diganggu’ dengan apa-apa cara sekalipun namun gagal memberikan jawapan bernas tentang mengapa entri tersebut telah dipadam dari laman Facebook rasmi mereka.

Dia juga menegaskan bahawa kerja-kerja yang diwar-warkan dalam perkongsian laman sosial berkenaan sememangnya telah dijalankan.

Bagaimanapun, ketika media tersebut menghubungi Amaral bagi mendapatkan penjelasan, beliau mengakui bahawa gambar tersebut kelihatan palsu dan nampak jelas telah disunting.

Amaral berkata, beliau tidak langsung terlibat dengan penciptaan dan penerbitan gambar berkenaan dan menyatakan bahawa ia kemungkinan besar merupakan ‘karya’ seorang pekerja pelatih yang bersemangat.

Amaral juga mendedahkan bahawa siasatan dalaman akan dijalankan namun beliau berjanji tidak akan memecat sesiapa sahaja yang bertanggungjawab atas penyebaran gambar tersebut.

Malah, beliau mungkin akan menaikkan gaji mereka memandangkan Amaral kini telah mula terkenal di media sosial.

José Arno Appolo do Amaral

“Dari sisi yang baik, saya menjadi sangat popular di internet, mungkin saya juga akan menjadi senator tidak lama lagi,” katanya sambil bergurau kepada akhbar Gauchazh Porto Alegre.

Amaral kini telah menjadi salah satu meme paling popular dan sedang menjadi bualan dan bahan lawak netizen di Brazil sehingga terdapat beberapa laman Facebook yang didedikasikan kepada beliau dan timbalannya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: BrazilDatuk Bandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

10/08/2024
0

SAO PAULO : Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas berhampiran Sao Paulo, Brazil, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

45 Maut Dalam Serbuan Sasar Geng Dadah Di Brazil

45 Maut Dalam Serbuan Sasar Geng Dadah Di Brazil

03/08/2023
0

BRASILIA: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam beberapa serbuan polis yang menyasarkan geng sindiket dadah di tiga negeri di Brazil. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd