• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Peralat PKR Untuk Raih Undi Melayu

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS mendakwa DAP berjaya memperalatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mendapatkan undi masyarakat Melayu menerusi penggunaan logo PKR sebagai logo bersama Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun penggunaan logo itu dilihat memberi kelebihan kepada PKR kerana parti lain seolah-olah terpaksa tunduk kepadanya, perkara tersebut hanya menguntungkan DAP.

“(Kalau) kita lihat dari sudut lain, PKR dijadikan alat oleh DAP untuk meraih undi Melayu. Maknanya PKR diperkudakan oleh DAP. Inilah buktinya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jasamu Dikenang dan Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Penyerahan tugas itu melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat yang akan bersara wajib dan Datuk Nazran Muhammad yang sebelum ini merupakan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan.

Mohd Faudzi akan bersara pada Sabtu (14 April) ini manakala Nazran akan memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Setiausaha kerajaan negeri yang baharu pada keesokannya.

Selasa lepas, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata parti itu bersetuju untuk menggunakan logo PKR pada PRU14 ini untuk meraih lebih banyak undi masyarakat Melayu.

Mengulas lanjut, Mohd Amar seterusnya menyeru orang Melayu agar tidak tertipu dengan strategi yang digunakan pembangkang yang hanya bertujuan mengelaburi mata mereka semata-mata.

“DAP sendiri mengaku dia nak guna lambang PKR untuk mengelabukan mata pengundi Melayu. Jadi kita harap semua pengundi Melayu tidak tertipu dengan strategi DAP ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Spekulasi Punca Peletakan Jawatan Agong

07/01/2019
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca peletakan jawatan Sultan...

Bubar UMNO Yang Sudah Tiada Masa Depan – Mohd Amar

26/12/2018
0

KOTA BHARU - Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi pendapat peribadinya bahawa UMNO sudah tidak mempunyai masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd