• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Cuma Mahu ‘Hapus’ MCA, Bukan Bantu Rakyat

oleh AK-47
21/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengulangi ingatan agar rakyat tidak terperdaya dengan apa juga isu yang dibangkitkan oleh DAP, khususnya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini, kerana misi parti itu hanya mahu ‘menghapuskan’ MCA dan bukan membantu rakyat.

Beliau juga menyifatkan cara DAP berpolitik lebih bermotifkan dendam dan kepentingan peribadi.

“Jadi rakyat jangan terikut-ikut dengan rentak DAP kerana rentak mereka akan binasakan rakyat sendiri.

“Politik kebencian yang mereka amalkan lebih tertumpu kepada kepentingan peribadi dan kepentingan parti tanpa memikirkan langsung kepentingan rakyat yang berbilang kaum dalam negara kita,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Jamuan Rakyat Bersama Pengundi-pengundi Masyarakat India di Taman Gaya, di sini.

Liow berkata ini berbeza dengan cara MCA dan Barisan Nasional (BN) yang menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

“Hanya melalui BN kita akan dapat jaga kepentingan semua kaum, memastikan negara kita dapat terus mempraktikkan kesederhanaan, pembangunan yang inklusif dan keharmonian dalam bersatu padu yang akhirnya dapat memajukan negara kita dengan pesat.

“Lagipun ketika MCA menjadi sebuah parti yang kuat, kita tidak pernah bercadang untuk menghapuskan sesiapa, kita cuma fokus memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana jika sesebuah parti itu kuat, ia mampu memberikan pembangunan yang lebih kepada rakyat,” katanya. -BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Liow Tiong LaiMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd