• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh: Pesara Guru Mengaku Tak Bersalah

oleh Ahmad Albab
05/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pesara guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat, Kelantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Abu Hasan Chan Abdullah, 64, yang pernah mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Matematik di sekolah itu, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah yang kemudiannya menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan berkaitan kumpulan pengganas Daesh menggunakan akaun Facebook kepunyaannya bernama ‘Abu Hasan Chan’.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun atau denda dan bolehlah dirampas mana-mana harta yang te­lah digunakan atau diniat untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Abu Hasan Chan dituduh memiliki bahan berkaitan pengganas dalam akaun Facebooknya mengikut Seksyen 130JB(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 130JB(1) yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana barangan tersebut, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Bahagian E8, Counter Terrorism Cawangan Khas, tingkat 24, Menara 2, Ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini pukul 10 pagi pada 1 Ogos tahun lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Amin Abdullah. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd