• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Umum 9 Mei Bukti BN Dengar Rintihan Rakyat

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengumuman cuti umum sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini, membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berprihatin serta mendengar keluhan rakyat untuk keluar mengundi pada hari bekerja.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan mahu memberi peluang kepada rakyat untuk pulang ke tempat mengundi masing-masing biarpun tarikh ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan hari bekerja.

“Penetapan tarikh tersebut adalah keputusan SPR dan kebetulan jatuh pada hari Rabu. Kerajaan mengambi keputusan memberi cuti umum kerana kerajaan tahu dan mahu supaya rakyat dapat turun mengundi.

“Jadi, pembangkang jangan buat cerita bukan-bukan seperti kerajaan tidak mahu orang ramai keluar mengundi dan sebagainya. Ini semua pembohongan semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Sentuhan Rakyat, di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata demikian sebagai mengulas

kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini yang mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara bagi membolehkan rakyat Malaysia keluar mengundi pada PRU14.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Semalam, SPR menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan enggan mendedahkan senarai calon BN ketika ditanya mengenai perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pengerusi BN negeri-negeri, pemimpin parti komponen dan pemimpin sayap berkaitan PRU14 di Seri Perdana, semalam.

Mengenai manifesto khusus untuk Wilayah Persekutuan, beliau berkata ia akan diumumkan secara serentak dengan pengumuman calon BN bagi PRU14.

Sementara itu, Hamzah berkata Program Jualan Sentuhan Rakyat, yang julung kali diadakan di Putrajaya itu, akan dilaksanakan sekali lagi dalam tempoh terdekat selepas mendapat sambutan baik daripada penduduk dan penjawat awam.

Pada program tersebut, pengunjung dapat membeli pelbagai jenis barang keperluan dapur pada harga jauh lebih murah berbanding harga di pasar raya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azira Enggan Bertunang, Mahu Terus Bernikah

Next Post

PAN `Tekan’ Mahathir Umum Cuti Tambahan 2 Hari

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

Next Post

PAN `Tekan' Mahathir Umum Cuti Tambahan 2 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd