• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Bina Pembersih Udara Terbesar Dunia

oleh
20/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INISIATIF menangani pencemaran udara yang berlaku di China telah memberi cetusan idea dengan pembinaan menara pembersih udara terbesar dunia yang akhirnya berjaya direalisasikan.

Lapor akhbar tempatan, menara pembersih udara itu telah berjaya siap sepenuhnya pada Mei 2016 dan kini menjalani ujian untuk melihat sama ada ia betul-betul dapat meningkatkan kualiti udara di kawasan sekitarnya.

Menara yang terletak di Xi’an, ibu kota wilayah Shaanxi di barat laut negara itu dibina dengan keluasan 2,580 meter persegi pada bahagian menara termasuk mesinnya dan mencapai ketinggian hingga 100 meter.

Pembersih udara itu boleh meningkatkan kualiti udara dalam kawasan seluas 10 kilometer yang mampu mengurangkan 15 peratus partikel halus dalam asap bahaya yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Mesin pembersih udara itu juga dikatakan mampu mengasingkan segala partikel halus yang bertoksik seperti nitrogen oksida, nitrogen dioksida serta sulfur dioksida.

Selain itu, menara berkenaan juga merupakan sistem pembersihan udara berskala besar yang dibantu dengan kuasa tenaga solar.

Terdapat beberapa rumah hijau yang berfungsi untuk menarik udara tercemar ke dalam menara itu dan membersihkannya sebelum melepaskan kembali ke alam sekitar di kawasan tapak menara terbabit.

Menurut ketua penyelidik program tersebut, Cao Junji, menara berkenaan mampu membersihkan le­bih 10 juta meter padu udara setiap hari bergantung kepada situasi cuaca, musim dan tahap pencemaran.

Dalam perancangan seterusnya, dianggarkan sebanyak 100 menara diperlukan untuk menampung keperluan bandar dengan keluasan 1,000 kilometer persegi di negara itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Chinamenarapembersih udara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd