• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunkface Lancar Single Baru Lepas PRU14

oleh Haris
12/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN rock indie terkenal, Bunkface teruja untuk memperdengarkan single terbaharu mereka kepada umum, namun mahu peminat untuk menunaikan kewajipan mengundi di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terlebih dahulu.

Penyanyi utamanya, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharom berkata, lagu terbaharu mereka itu hanya akan dilancarkan selepas tarikh 9 Mei depan bagi memberi ruang kepada PRU14.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, single tersebut agak istimewa memandangkan Bunkface menjalin kerjasama bersama penyanyi lama, Datuk Jeffrydin dan bintang rap, Caprice.

Baca: Bunkface Bakal Kolaborasi Bersama Jeffrydin, Caprice

“Lagu Apa Pun Tak Boleh ciptaan saya memang dirancang dilancarkan tahun ini. Namun, selepas mengambil kira perkembangan semasa, kami mahu memberi ruang kepada PRU14, bulan depan.

“Jadi kami mahu peminat mengundi dulu… Selepas itu barulah single terbabit dilancarkan,” katanya memetik laporan BH Online.

Ketika diminta mengulas mengenai single terbaharu itu, Sam berkata dia tidak mahu berkongsi terlalu banyak maklumat mengenai lagu berkenaan kerana mahukan peminat mereka tertanya-tanya.

“Apa yang pasti, gabungan kami bersama Jeffrydin dan Caprice bakal memberi kelainan kepada single itu.

“Lagu ini berkisar segelintir pihak yang tidak mahu berusaha memajukan diri. Kami mengambil risiko untuk mencuba sesuatu yang baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sam menyifatkan bahawa dia dan ahli Bunkface yang lain bersyukur kerana masih diterima peminat walaupun aliran muzik industri sekarang berbeza dengan waktu mereka mula bertapak dalam dunia muzik lebih 10 tahun lalu.

Menceritakan punca mereka masih bertahan sehingga kini, Sam berkata mereka sentiasa jujur memperjuangkan muzik sejak dahulu dan perkara itulah yang menyatukan mereka sehingga ke hari ini.

Sementara itu, Bunkface yang turut dianggotai oleh Paan dan Youk bakal membuat persembahan di Konsert GegarRia di lokasi terakhir siri jelajah festival berkenaan di AmanJaya Mall, Sungai Petani, Kedah, Ahad ini.

Selain mereka, konsert berkenaan akan turut menampilkan persembahan daripada Stacy, Akim & The Majistret, Faizal Tahir, Kugiran Masdo dan Hujan.

Memberikan pandangannya mengenai Fiesta Gegaria yang dianjurkan Media Prima Berhad (MPB), Bunkface yang telah turut serta memeriahkan festival itu di semua lokasi jelajahnya memuji inisiatif penganjur memberi peluang kepada peminat di luar ibu kota untuk menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka.

“Fiesta ini memberi peluang kepada band seperti kami untuk menonjolkan bakat kepada pendengar di luar ibu kota.

“Kehadiran kumpulan baharu juga memberi saingan sihat kepada kami untuk memberi persembahan terbaik kepada pengunjung GegaRia,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: bunkfaceGegaRiaPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Single Terbaru Bunkface “Kita Punya Malaysia Versi Akustik”

30/08/2021
0

Single Terbaru Bunkface “KITA PUNYA MALAYSIA Versi Akustik”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd