• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bukan Tidak Lagi Minat Untuk Berlakon, Cuma…”

oleh
07/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pengacara, Awal Ashaari akui dia masih menerima pelbagai tawaran berlakon walaupun sudah lama tidak aktif dalam bidang berkenaan.

Namun, Awal terpaksa melupakan tawaran tersebut kerana terikat dengan tanggungjawab serta komitmen kerjaya sebagai pengacara dan duta produk.

Menurut Awal, dia memerlukan masa yang sesuai untuk kembali beraksi dalam dunia lakonan terutamanya membabitkan penggambaran drama yang panjang.

“Sudah lebih tiga tahun saya tidak berlakon hingga saya lupa bagaimana rasanya suasana menunggu di lokasi penggambaran.

“Bukan tidak ada tawaran, tetapi saya lebih selesa mempertimbangkan projek telefilem atau drama pendek.

“Komitmen sebagai pengacara dan duta produk menjadi antara faktor yang membuatkan saya sukar menerima tawaran drama episod yang panjang,” katanya dipetik BH Online.

Tambah Awal, seiring dengan kematangan usia kini fokusnya beralih kepada program serius yang mana memerlukannya berada di lapangan.

Pada masa sama, Awal turut meluahkan rasa syukur kerana kredibilitinya sebagai pengacara semakin diakui, sekali gus membuka ruang kepada dia untuk terus meneroka pelbagai peluang baharu.

“Bukan tidak lagi minat berlakon, cuma masa saya terbatas. Saya akan kembali berlakon apabila diri sudah benar-benar bersedia. Terbaru, saya menjayakan drama 13 episod berkonsep masakan, Dapur Kongsi.

“Selepas berlakon drama itu, saya akui agak berat untuk menerima tawaran baharu kerana kerjaya lakonan menuntut komitmen yang sangat tinggi.

“Apatah lagi, untuk menerima tawaran drama beratus-ratus episod. Saya kagum dengan mereka yang mampu melakukannya,” ujar Awal.

Dalam perkembangan lain, Awal kini sedang sibuk dengan program raya bertajuk Rojak untuk stesen ntv7 selain menumpukan perhatian kepada pengurusan butiknya, Schawal Store.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Awal Ashaari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Awal Ashaari Mengaku Tidak Salah Rosakkan Palang Pagar

17/05/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Awal, Scha Menang Kes Tuntutan Saman

27/03/2019
0

“KAMI buat perkara ini bukan nak untung, tetapi menuntut hak yang sudah kami laburkan,” kata pelakon dan pengacara, Awal Ashaari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd