• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Tenggelam: Dua Mayat Warga China Ditemukan

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mayat dua lelaki warga China yang dikhuatiri lemas dalam kejadian bot terbalik di Sungai Kobat, Kampung Padang di sini semalam, ditemukan pagi ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harul berkata mayat Chen Xi, 29, dijumpai pada pukul 9.30 pagi manakala rakannya Ren Cheng, 29, ditemukan kira-kira setengah jam kemudian.

Kedua-dua mereka merupakan pekerja China Communications Construction Company (CCCC) iaitu kontraktor utama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Mayat kedua-dua mangsa ditemukan kira-kira 20 meter dari lokasi mereka dilihat tenggelam selepas bot fiber yang dinaiki mereka bersama dua lagi rakan sekerja terbalik pada pukul 4.16 petang semalam.

“Dalam kejadian itu, dua rakan dan pemandu bot yang merupakan warga tempatan berjaya diselamatkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mereka yang terselamat ialah Duan Feng dan Zhang Jian Zheng, kedua-duanya berusia 27 tahun serta pemandu bot Mohd Yusdi Mohd Yusof, 38, dari Taman Tas, di sini.

Mohd Sani menambah mayat kedua-dua mangsa itu telah dikenal pasti wakil syarikat CCCC di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. – BERNAMA

Tags: bot karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

13/03/2023
0

ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 22 pendatang maut apabila bot mereka karam di luar pantai Madagascar, lapor pihak berkuasa maritim. Ikuti Mynewshub: Telegram Pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd