• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Periksa Semua Pusat Undi N.Sembilan

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan akan membuat pemeriksaan ke atas aspek keselamatan kebakaran di semua pusat mengundi di negeri ini dalam minggu ini, kata pengarahnya Norazam Khamis.

“Sebelum ini kita telah laksanakan pemeriksaan terhadap semua pusat penamaan calon dan penjumlahan undi di negeri ini. Pemeriksaan ini penting bagi mempastikan bangunan yang dijadikan pusat berkenaan selamat digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Kita bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan PRU14 ini berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas majlis tamat latihan pegawai bomba bantuan dan perhimpunan bulanan di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya semua 500 orang pegawai dan anggota bomba di negeri ini akan melaksanakan undian pos PRU14 di semua 15 balai bomba dan penyelamat pada 5 Mei ini.

Mengenai majlis itu, beliau berkata 27 orang pegawai bomba bantuan menamatkan latihan kebombaan di sini, hari ini setelah menjalani latihan selama 10 hari di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 di sini.

Katanya, 21 daripada mereka akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Kuala Pilah, manakala bakinya bakal dihantar ke lain-lain balai.

“Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti adalah balai yang baharu siap pembinaannya dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Jumaat ini .

“Pihak kami menerima 400 permohonan untuk pengisian jawatan pegawai bomba bantuan dan hanya 29 orang sahaja yang melepasi ujian. Pegawai bomba bantuan dibayar secara elaun mengikut jam bertugas. Pengambilan pegawai bomba bantuan ini bermula pada 2014,” katanya.

Norazam berkata setakat ini terdapat 137 orang pegawai bomba bantuan di negeri ini.

Katanya pengambilan pegawai bomba bantuan akan diteruskan bagi mengisi kekosongan 30 jawatan itu di Balai Bomba dan Penyelamat yang baharu iaitu di Gemencheh dan Rantau. – BERNAMA

Tags: Norazam Khamis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

Next Post

7 Projek Infrarakyat Jadikan Mersing Hab Pelancongan

Related Posts

No Content Available
Next Post

7 Projek Infrarakyat Jadikan Mersing Hab Pelancongan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd