• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Semak Tempat Pengundian Mulai 16 April

oleh
11/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAHIH… Masih belum tahu tempat pengundian, usah bimbang semakan maklumat daftar pemilih untuk pusat dan saluran mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 boleh dibuat mulai 16 April ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pemilih berdaftar boleh melakukan semakan tersebut menerusi laman sesawang rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my bermula tarikh tersebut.

Bakal pengundi yang disahkan mengikut daftar suku keempat 2017 itu juga boleh menyemak dengan menggunakan aplikasi MYSPR SEMAK atau menghubungi talian 03-88927018 atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) 15888.

Selain itu, Mohd. Hashim berkata, daftar pemilih pilihan raya juga akan mula dijual pada tarikh tersebut di semua pejabat SPR negeri di seluruh negara untuk rujukan orang awam khasnya bagi parti-parti politik yang bertanding.

“Sementara itu, tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara bagi kategori Borang 1A ialah pada 28 April depan, manakala untuk Borang 1C pula pada 23 April ini,” katanya dalam sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

Beliau menambah, seramai 14,940,624 pemilih layak untuk mengundi dalam PRU ke-14 dengan melibatkan 8,989 premis tempat pengundian yang meliputi 28,995 saluran pengundian dengan kos keseluruhan RM500 juta.

“Jumlah pemilih biasa ialah 14,636,716; pemilih awal (tentera dan pasangan serta polis) 300,255 pemilih dan pengundi tidak hadir luar negara pula sebanyak 3,653 pemilih,” kata Mohd. Hashim. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PRUSPRTan Sri Mohd Hashim Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Carmen Lim Perbaharui Rekod Asia Tenggara

Next Post

Pemilik Butik Didakwa Tipu Jualan Beg Tangan Mewah

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

Pemilik Butik Didakwa Tipu Jualan Beg Tangan Mewah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd