• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bodoh”, “Makan Dedak” Jadi Darah Daging Tun M

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ucapan-ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sarat dengan caci maki dan fitnah sejak bersama pembangkang menimbulkan tanda tanya.

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, sikap Mahathir kini setaraf pemimpin pembangkang Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Lim Guan Eng.

Sebagai contoh, Mahathir dalam ucapannya di Pasir Gudang banyak kali menggunakan perkataan bodoh keatas individu yang tidak memihak kepadanya.

Manakala, di Parit Jawa, Batu Pahat Mahathir menggunakan perkataan sumpah seranah penyangak, makan dedak, pekak tuli dan sebagainya.

“Mahathir telah merendahkan martabat negawaran beliau menjadi setaraf Mat Sabu dan Guan Eng

“Paling teruk dikecam Mahathir ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS), Puan Surayati Ibrahim yang diseranah dengan istilah “kepala hotak dia”,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul berkata, beliau faham mengapa Mahathir marah dengan Pengerusi SPR, Ketua Pengarah RoS dan mana-mana media kerana tidak memenuhi keperluannya.

Kata beliau, bagaimanapun menyumpah seranah bukan taraf seorang negarawan selain boleh membahayakan kesihatan Mahathir.

“Sebelum menyumpah seranah, seeloknya dapat disemak dahulu ketepatan kenyataan pihak yang mahu disumpah seranah.

“Takkanlah tak ada sesiapa yang maklumkan kepada Mahathir mengenainya,” kata beliau. – MYNEWHUB.CC

*Sekadar Video Hiasan…

Tags: Dr. Kamarul Zaman YusoffTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd