• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Akan Terus Mempertahankan Mara

oleh AK-47
30/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Barisan Nasional (BN) akan terus mempertahankan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan bumiputera di negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Mara cukup penting peranannya terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi bumiputera bagi memastikan mereka turut sama menikmati arus pembangunan negara.

“Mara telah banyak melahirkan tokoh akademik, keusahawanan dan korporat oleh itu jika institusi ini dihapuskan ia akan merugikan negara sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program Bersama Penyewa Pusat Rehat dan Rekreasi Bukit Bunga di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata Mara telah memperuntukkan RM11.8 juta bagi mewujudkan Pusat Rehat dan Rekreasi Bukit Bunga serta pusat membeli-belah yang baharu di kawasan berkenaan.

“Pusat berkenaan yang akan mula dibuka 21 Mei depan menyediakan ruang yang lebih selesa untuk peniaga dan pengunjung,” katanya.

Mustapa berkata kawasan Bukit Bunga sudah terkenal sebagai pusat membeli-belah terutama kepada pengguna yang menggunakan Jalan Raya Timur Barat Jeli-Gerik, Perak dan pembangunan yang dilaksanakan Mara di kawasan tersebut akan memberi banyak faedah kepada penduduk terutama peniaga.

Katanya pusat perniagaan baharu itu menyediakan 63 lot kedai kepada peniaga di kawasan terbabit dengan memberikan keutamaan kepada masyarakat setempat bagi menjalankan perniagaan.

“Kami (BN) mahu memastikan Mara akan terus gagah bagi membela nasib bumiputera ia janji kami kepada kaum bumiputera,” kata Mustapa yang merupakan calon BN mempertahankan kerusi Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd