• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Laluan PRU14: Parlimen Rasmi Bubar Hari Ini

oleh Ahmad Albab
07/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parlimen dibubarkan pada hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pembubaran itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak, Perdana Menteri menasihati semua ketua kerajaan negeri untuk mendapatkan perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016.

Susulan pembubaran itu, lima negeri – Sabah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka – turut mengumumkan pembubaran DUN masing-masing berkuat kuasa hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen ke-13 daripada Najib berdasarkan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Pandikar berkata urusan bagi mengadakan PRU14 adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengesahkan telah menerima notis pembubaran itu melalui e-mel untuk mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRU14.

Sejumlah 14.9 juta pemilih berdaftar layak mengundi pada PRU14 berdasarkan kepada Daftar Pemilih Suku Keempat 2017. – BERNAMA

Tags: Bubar Parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM: Agong Perkenan Parlimen Bubar Hari Ini

PM: Agong Perkenan Parlimen Bubar Hari Ini

10/10/2022
0

Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen ke-14, memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Bubar Parlimen Petang Ini?

Bubar Parlimen Petang Ini?

10/10/2022
0

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan pembubaran Parlimen petang ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd