• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bercinta Dengan Zara Bukan Gimik Drama” – Hafreez

oleh Haris
23/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS mengumumkan hubungan percintaan mereka tempoh hari, pasangan pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya menjadi perhatian orang ramai apabila terdapat beberapa pihak yang meragui hubungan mereka.

Ini disebabkan kedua-dua pelakon itu bergandingan bersama dalam sebuah drama berjudul Mona Lisa menimbulkan tanggapan bahawa percintaan tersebut merupakan salah satu cara untuk menaikkan drama tersebut.

Menangkis tanggapan tersebut, aktor yang meningkat naik itu tampil menegaskan hubungan cintanya dengan aktres berkenaan adalah serius dan bukan sekadar gimik bagi melariskan drama Mona Lisa.

Ujar pelakon berusia 28 tahun itu, dia bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan mencipta gosip cinta atau apa-apa kontroversi sejak mula menceburi industri hiburan.

“Kalau fikir secara logik, saya dah empat tahun lebih dalam industri dan dah berlakon dengan ramai pelakon wanita.

“Tapi sepanjang itu tak pernah lagi saya terpalit dengan gosip cinta atau kontroversi hanya untuk lariskan drama.

“Hubungan saya dengan Zara sememangnya betul dan bukan sekadar nak promosi drama semata-mata,” kata Hafreez memetik mStar Online.

Hafreez berkata demikian ketika diminta menjawab persoalan yang timbul dalam kalangan netizen yang nyata menganggap hubungannya bersama Zara hanya sekadar gimik lakonan.

Jelas Hafreez lagi, dia sememangnya tidak pernah berniat untuk menumpang populariti pelakon drama bersiri Tuan Anas Mikail itu dan tidak memerlukan sebarang gimik untuk lebih dikenali orang ramai.

“Soal jodoh ini kita tak tahu. Apa yang jadi selepas ini pun saya tak boleh jangka. Yang pasti saya bukan nak cari populariti atau menumpang siapa-siapa.

“Kalau betul, macam mana pula dulu saya boleh menang Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 2014?” ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai percintaannya dengan Zara, Hafreez berkata hubungannya dengan aktres tersebut mula erat ketika di set penggambaran drama Mona Lisa yang bermula kira-kira tujuh bulan lalu.

Tambah Hafreez, dia dan Zara mengambil keputusan berkongsi kisah cinta mereka kepada umum hanya kerana mahu bersikap jujur tanpa perlu menipu para peminatnya.

“Saya seorang yang tertutup apabila membabitkan soal peribadi. Tapi apabila orang dah tanya, saya jujur sahaja.

“Tak nak menipu benda yang dah orang nampak. Lagi-lagi saya tak nak tipu peminat yang selama ini dah banyak menyokong saya,” jelasnya.

Sementara itu, Hafreez berkata dia dan Zara menerima terlalu banyak komen positif dari peminat sejak merka membuat pengumuman bercinta dan rata-rata daripada mereka mendoakan yang baik-baik sahaja untuk perhubungan Hafreez dan Zara. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: artis bercintahafreez adamZara Zya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hubungan Hafreez Adam, Zara Zya Dilanda Dugaan

10/12/2019
0

“SAYA akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini. Saya sedang berusaha...

Rumah Tangga Natasha Bermasalah Sejak Hari Pertama

23/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan perkahwinan kali keempat dengan ahli perniagaan Noor Nashiq Sekanor sudah pun berakhir awal Oktober lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd