• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Khas Dedah Tun M Pernah Terima £65j

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS pegawai khas kepada Menteri Kewangan II, Saiful Bahari Baharom menceritakan kisah bagaimana arwah bapanya pernah ‘simpan’ wang berjumlah £65 juta milik Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kisah tersebut ditulis sendiri oleh Saiful yang pernah dahulu berkhidmat sebagai Pengarah Urusan CIMB Securities (HK) Limited, menerusi akaun sosial Facebook miliknya, awal hari ini.

Kata Saiful, persahabatan antara keluarganya dengan keluarga Mahathir telah terjalin sejak awal pembabitan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 itu dalam bidang politik.

Ketika itu, cerita Saiful, beliau bersama-sama anak-anak Mahathir iaitu Mirzan, Marina dan Mukhriz juga mempunyai hubungan yang cukup akrab.

Saiful turut menceritakan bagaimana arwah bapanya membawa Mahathir ke Ipoh, Perak untuk melindunginya daripada ditahan pihak polis pada 1969 atas arahan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri ketika itu.

Dalam pada itu, Saiful mendedahkan bagaimana arwah bapanya dan Almarhum Tunku Abdullah (adinda kepada Almarhum Tuanku Jaafar Negeri Sembilan) menjual saham mereka di dalam Merpati Air.

Ia merupakan syarikat penerbangan domestik Indonesia dan mereka mendermakan hasil jualan kepada Mahathir untuk meneruskan perjuangan politik beliau sehingga berjaya dilantik menjadi perdana menteri pada tahun 1982.

Namun begitu, Saiful pada masa sama tidak pula menafikan realiti bahawa Mahathir memang ada pernah membantu ahli keluarganya dari segi kewangan.

“Saya juga masih ingat arwah ayah saya balik dari pejabat Mahathir. Arwah dipanggil oleh Mahathir sendiri beberapa bulan setelah Mahathir menjadi perdana menteri.

“Sesungguhnya, kami sekeluarga banyak terhutang budi kepada Mahathir dan kami tidak mungkin dapat merasai kehidupan yang kami kecapi tanpa pertolongan Mahathir.

“Ini termasuk apartmen dua tingkat di London, percutian di Eropah, berderet kereta BMW di Kuala Lumpur dan lain-lain.

“Malah, saya pernah menulis surat kepada Mahathir untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Surat itu saya kirimkan melalui Marina Mahathir,” tulis Saiful di dalam entri tersebut.

“Pada 1987, arwah menjalani pembedahan bypass jantung di Singapura. Pada malam sebelum prosedur itu, arwah panggil saya dan memberitahu satu nombor akaun di atas namanya.

“Ia adalah sebuah bank di London. Jumlah wang di dalam akaun itu adalah £65 juta. Arwah pesan kepada saya bahawa duit tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Mahathir,” sambung Saiful lagi.

Oleh itu, kata Saiful, beliau berasa hairan dan kecil hati apabila Mahathir membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seteruk-teruknya hanya kerana isu dana RM2.6 bilion daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Kata Saiful, Najib boleh dianggap sebagai ‘terlalu lurus’ kerana hanya menggunakan namanya sendiri untuk wang sumbangan politik dan tidak menggunakan proksi sebagai orang tengah untuk akaun peribadi.

Tambah Saiful lagi, sebelum bapanya meninggal dunia beliau sempat memberitahu bahawa duit dari London itu telah pun dikembalikan kepada Mahathir melalui Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat, Setiausaha UMNO.

“Sama ada wang tersebut digunakan untuk tujuan politik atau peribadi, arwah tidak tahu dan tidak pernah pun tanya,” jelas Saiful.

Akui Saiful, beliau mulai menyokong pentadbiran Najib sejurus sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, semasa baru berjinak-jinak dengan media sosial Facebook.

“Sokongan saya berteraskan dua perkara utama: untuk membanteras peluang DAP berjawatan di dalam Kerajaan Pusat serta keyakinan saya atas dasar-dasar kewangan dan ekonomi Najib.”

Namun, Saiful mengatakan beliau mempunyai sebab yang kukuh mengapa beliau menyokong kepimpinan Najib meskipun ‘terhutang budi’ dengan Mahathir.

“Sokongan saya ke atas keputusan dan dasar Najib, ianya diberi bukan atas sebab-sebab peribadi, sama ada keputusan-keputusan dan dasar-dasar tersebut membawa impak kepada kehidupan saya.

“Sokongan saya adalah atas impak kepada negara, secara jangka panjang dan untuk kelestarian kesejahteraan rakyat dan masa depan generasi hadapan,” tulisnya lagi menutup entri tersebut.

Status unik tersebut telah menerima lebih daripada 1,200 reaksi oleh kalangan netizen melalui laman Facebook dan dikongsi sebanyak 318 kali setakat ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: saiful bahari baharomTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Tanah ATM: Rafidah Didakwa Berniat Serang PM

Next Post

Beli Patung Pahlawan, Apa Motif Sebenar Aliff Syukri?

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

Beli Patung Pahlawan, Apa Motif Sebenar Aliff Syukri?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd