• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Negara Lain Laksana Inisiatif Seperti BR1M

oleh Ahmad Albab
18/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan satu rasuah politik seperti didakwa pakatan pembangkang.

Malah banyak negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi turut melaksanakan inisiatif sama untuk membantu rakyat.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata BR1M yang diperkenalkan pada tahun 2012 untuk membantu golongan berpendapatan rendah sering didakwa pakatan pembangkang ia hanya satu ‘dedak’.

Sebaliknya, beliau berkata pembangkang yang sering mengutuk dan mengecam pelaksanaan BR1M turut memasukkan BR1M dalam manifesto Pakatan Harapan baru-baru ini.

“Dalam Manifesto Barisan Nasional (BN), kadar BR1M dinaikkan kerana hendak menegakkan prinsip bahawa apabila kita mengurus tadbir negara kita dengan baik, kita pulangkan balik kepada rakyat.

“Apakah cara terbaik untuk pulangkan kepada rakyat, iaitu melalui BR1M. Ini bukan rasuah politik. Kita bagi pada semua. Ini adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat untuk menjaga kebajikan… siapa kata kita pilih kasih.

“Negara-negara lain pun ada sistem ini cuma mereka tidak menggunakan nama BR1M,” katanya pada Program Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Sambil memberi contoh, Najib berkata Singapura menyalurkan wang tunai melalui Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF), AS pula melalui food stamps dan Arab Saudi pula menyalurkan bantuan terus ke akaun penerima.

Dalam Manifesto BN untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 dilancarkan pada 8 April lalu, Najib mengumumkan dua kategori baharu BR1M iaitu isi rumah yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 dengan bayaran sebanyak RM700.

Selain itu, dalam manifesto itu, tiga kategori yang sedia ada iaitu isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 ke bawah, RM4,000 ke bawah dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 kadar BR1M dinaikkan.

Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara mundur dan bankrap seperti yang didakwa pembangkang malah pelaburan asing semakin meningkat selain nilai mata wang negara semakin kukuh.

“Kalau nak kata BN menguruskan ekonomi negara ini sampai bankrap, (bagaimana) 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara menikmati kenaikan gaji dua kali tahun ini.

“Kalau negara kita bankrap, ingat negara lain nak labur di Malaysia? Arab Saudi melalui syarikat petroleum, Aramco telah bersetuju untuk melabur US$7 bilion di Pengerang, Johor,” katanya.

Selain kenaikan dividen Tabung Haji, Najib berkata bahawa ekonomi negara terbukti kukuh apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 6.9 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017.

“Semua dapat dividen naik, ini bukan gambaran negara bankrap dan tidak mungkin saya boleh mengumumkan kenaikan BR1M atau membantu pekebun kecil, pesawah dan nelayan,” katanya.

Kira-kira 5,000 anggota BN dari empat kawaan Parlimen – Kuala Kangsar, Sungai Siput, Padang Rengas dan Lenggong hadir pada majlis itu.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir serta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. – BERNAMA

Tags: BR1MDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd