• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakar Diri Bantah Pencemaran Alam

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Seorang peguam dan aktivis gay Amerika Syarikat (AS) maut selepas membakar dirinya di sebuah taman di New York sebagai satu bantahan terhadap kemusnahan alam sekitar, lapor media tempatan.

New York Times melaporkan, David Buckel, 60, disahkan mati selepas dia membakar dirinya di Taman Prospect di Brooklyn pada awal pagi kelmarin.

Dalam satu nota yang diedarkan kepada media, Buckel memberitahu, dia menggunakan minyak fosil untuk membakar dirinya sebagai simbolik apa yang berlaku pada Bumi.

“Pencemaran memusnahkan planet kita, meracuni penghuninya melalui udara, tanah, air dan cuaca.

“Kebanyakan manusia di planet ini kini bernafas dengan udara yang tidak sihat akibat minyak fosil dan akibatnya ramai yang mati awal. Kematian awal saya dengan minyak fosil menunjukkan apa yang kita lakukan pada diri kita,” katanya dalam nota itu.

Buckel sebelum ini terkenal kerana memperjuangkan hak golongan gay di mahkamah dan menjadi pengarah satu organisasi yang membantu perkahwinan sejenis di AS.

Seorang rakannya memberitahu New York Times, selepas meninggalkan organisasi itu Buckel mula terbabit dalam memperjuangkan isu alam sekitar.

Dalam nota bunuh dirinya, Buckel berharap kematiannya akan menjadi satu bentuk kejutan untuk pihak berkuasa mengambil tindakan mengenai alam sekitar. – AFP/myMetro Online

Tags: aktivisPencemaran Alam Sekitar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

18/08/2024
0

Meski mengalu-alukan kenaikan gaji penjawat awam, aktivis buruh Callistus Antony D'Angelus berkata bahawa undang-undang yang mengawal pekerjaan sektor swasta perlu...

Aktivis Mahu Kerajaan Percepat Mansuh Hukuman Mati

Aktivis Mahu Kerajaan Percepat Mansuh Hukuman Mati

20/01/2023
0

KUALA LUMPUR - Pada Jun tahun lepas, Malaysia mengumumkan hasratnya untuk memansuhkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan bukan keganasan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd