• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti

oleh Ahmad Albab
26/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihati orang ramai mengutamakan keselamatan dan berhati-hati terhadap bahaya elektrik ketika berkempen untuk parti potitik masing-masing menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

ST dalam satu kenyataan media berkata, terdapat kes kemalangan akibat renjatan elektrik berlaku ke atas empat orang awam ketika sedang memasang tiang bendera parti politik di Muar, Johor.

“Aktiviti berhampiran pepasangan elektrik boleh menyebabkan renjatan elektrik atau percikan arka dan menyalahi peruntukan Seksyen 37(12), Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, bagi mengelakkan risiko kemalangan elektrik, ST menasihatkan orang ramai tidak melakukan aktiviti berbahaya seperti berikut semasa berkempen:

1. Menggantung bahan kempen di tiang-tiang elektrik.

2. Menampal poster pada pencawang elektrik, peti membekal, tiang elektrik dan lain-lain.

3. Mendirikan tiang atau objek tinggi berdekatan atau di bawah talian elektrik.

4. Memanjat menara atau tiang elektrik.

5. Membawa objek tinggi seperti galah atau kayu panjang berhampiran atau melintasi talian elektrik.

6. Memasang bendera atau sepanduk besar serta panjang berhampiran talian elektrik yang dikhuatiri terputus atau tersentuh talian elektrik semasa angin kuat atau ribut.

7. Menggunakan crane dan skylift berhampiran pepasangan elektrik.

8. Memasang khemah atau membuka pusat gerakan di bawah talian elektrik.

9. Menceroboh dan memasuki kawasan pencawang elektrik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Benderarenjatan elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

19/11/2025
0

PAPAR: Polis menafikan dakwaan tular kononnya berlaku kejadian terbaru membabitkan kematian seorang individu akibat terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera...

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

20/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd