• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alif Akui Rezeki Hadir Mencurah Lepas Kahwin

oleh Haris
19/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MULA tempa nama dalam industri hiburan negara 10 tahun lalu ketika menyertai program realiti nyanyian One In A Million, Alif Satar kini menjadi antara selebriti serba boleh yang dikenali ramai.

Bagaimanapun, Alif yang menyertai pertandingan itu ketika usia 16 tahun berkata, dia kurang dikenali ramai sewaktu permulaan perjalanannya dalam industri dan nasibnya itu berubah selepas dia mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.

Kata Alif, namanya terus melonjak naik selepas berkahwin dengan Sha Dila Halid pada awal tahun 2014 dan dia mengakui bersyukur akan keadaan itu serta menganggap kejayaan yang dimilikinya kini sebagai rezeki untuk anak-anaknya.

“Sebelum ini ketika di awal-awal kerjaya, saya pernah terfikir kenapa orang lain senang saja nak popular dan nasib saya tak macam mereka sedangkan saya pun ada bakat dalam nyanyian dan lakonan.

“Rupa-rupanya Allah nak beri rezeki lewat sedikit dan saya peroleh sesudah berkeluarga. Walaupun lambat sedikit nak berada di puncak, namun saya tak pernah menyerah kalah.

“”Saya bersungguh-sungguh dalam memberi komitmen terhadap kerjaya seni saya sehingga ke hari ini,” katanya dipetik portal Sinar Harian.

Wajah Alif kini sering dilihat di kaca televisyen apabila dia turut aktif dalam bidang lakonan serta pengacaraan dengan ramai netizen kini melabelkan Alif sebagai selebriti yang serba boleh.

Biarpun memulakan kariernya dalam industri sebagai penyanyi, Alif tidak menolak bahawa penglibatannya dalam bidang lakonan juga menyebabkan dia kini dikenali ramai.

Selain itu, peminat setianya yang sentiasa menjadikan drama yang dilakonkannya menjadi trending ternyata membantu dari segi populariti yang kini dikecapi Alif.

Semuanya bermula apabila impak lakonannya bersama Siti Nordiana dalam drama Dia Semanis Honey menjadikan Alif antara hero kegemaran ramai ketika ini.

“Saya bersyukur akhirnya orang nampak bakat saya dalam lakonan. Selepas drama Dia Semanis Honey, saya didatangi dengan pelbagai tawaran berlakon.

“Antaranya Hikayat Si Pematah Hati, Pajeri Nenas, Red Velvet, termasuk Pengantin Musim Salju yang sekali lagi menyaksikan gandingan saya bersama Siti Nordiana,” ujarnya.

Jelas bapa kepada Alisha Anugerah dan Ariana Mecca ini, walaupun dia seronok berlakon, dia tetap akan memberikan sepenuh komitmen dalam bidang lain yang diceburinya seperti nyanyian dan pengacaraan.

“Lakonan semestinya memberikan saya pengalaman yang berbeza, namun apa pun kerja yang saya lakukan baik untuk nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan, saya pastinya akan meletakkan komitmen seratus-peratus demi hasil yang terbaik.

“Saya rasa seronok apabila peminat beri sokongan dan maklum balas cukup positif sekali gus membuatkan saya rasa berbaloi untuk segala yang diusahakan selama ini,” akui Alif –MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: alif satarpelakonpenyanyiSiti Nordiana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Cara Mengawal Dan Melawan Kesunyian

Next Post

Manifesto Pembangkang Macam Pak Pandir – PM

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Next Post

Manifesto Pembangkang Macam Pak Pandir - PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd