• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Bashah Berhadapan Calon PAS Dan PKR

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan berhadapan dua lagi calon iaitu Mohd Sabri Omar (PAS) dan Zamri Yusuf (PKR) bagi kerusi DUN Suka Menanti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kerusi DUN Kota Darul Aman pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Tan Eng Hwa, Zulkifli Che Haron (PAS), Teh Swee Leong (PKR) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Tan Kang Yap.

Tiga calon bakal merebut kerusi DUN Alor Mengkudu iaitu Abd Malik Saad (BN), Ahmad Saad@Yahya (PAS) dan Datuk Phahrolrazi Zawawi (PKR-Amanah).

Ketiga-tiga DUN itu terletak di bawah Parlimen Alor Setar yang menyaksikan pertembungan antara Datuk Yoo Wei How (BN), Muhammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh (PAS) dan Chan Ming Kai (PKR-DAP).

Ahmad Bashah, 68, yang juga penyandang kerusi DUN Suka Menanti yakin BN mampu memenangi kesemua kerusi Parlimen Alor Setar dan tiga DUN di kawasan itu.

“Ini merupakan kali keenam saya bertanding di kawasan ini. Insya-Allah kita yakin pengundi tahu apa yang nak ditentukan dan keputusan yang akan dibuat oleh pengundi. Saya yakin mereka tahu buat pilihan yang baik.

“Kita akan pergi ke pusat-pusat mengundi dan bersama dengan jentera parti. Kita akan menangkan keempat-empat calon yang dipertandingkan. Kita akan menang di Parlimen Alor Setar dan semua kerusi DUN di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang penamaan calon di Kompleks Belia dan Sukan di sini hari ini.

Calon termuda bagi Parlimen Alor Setar, Muhammad Aminur Shafiq, 28, berkata ini adalah satu penghormatan kepada semua anak muda di negeri ini khususnya Parlimen Alor Setar apabila beliau terpilih menjadi antara calon termuda mewakili PAS di kawasan itu.

Sementara itu, bagi kerusi Parlimen Jerlun, calon BN Datuk Othman Aziz berhadapan dengan dua calon pembangkang iaitu bekas menteri besar Kedah yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian kawasan itu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mewakili PKR-PPBM.

Pertandingan tiga penjuru itu juga menyaksikan Othman, penyandang kerusi Parlimen itu, bertemu semula dengan seterunya, bekas ADUN Ayer Hitam, Abd Ghani Ahmad yang mewakili parti PAS.

Bagi DUN Ayer Hitam, penyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama lima penggal, Datuk Abu Hasan Sarif pula akan ditentang Azhar Ibrahim daripada PAS dan Datuk A. Aziz Mohamod (PKR-PPBM).

Pertandingan tiga penjuru juga membabitkan DUN Kota Siputeh yang mana muka baharu yang ditampilkan BN, Ahmad Azhar Abdullah akan bertemu Dr Salmee Said (PKR-Amanah) dan Mat Rejap Md Akhir daripada PAS. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md HanipahPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bukan ‘Anak Ikan’, Mas Tak Kisah Dapat Watak Kecil

Next Post

Presiden PKR Ditentang 4 Calon Di Kerusi Pandan

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

Next Post

Presiden PKR Ditentang 4 Calon Di Kerusi Pandan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd