• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95% Liputan Jalur Lebar Di Malaysia Menjelang 2020

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Kerajaan, dengan usaha sama pemain industri telekomunikasi, giat melaksanakan pelbagai inisiatif berasaskan pembangunan infrastruktur telekomunikasi bagi memastikan kawasan yang diliputi jalur lebar di seluruh negara mencapai 95 peratus menjelang 2020.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ke arah usaha itu, teknologi satelit telah digunakan dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar dengan ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT) di kawasan terpencil seperti di pedalaman Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Bagi memperluas capaian internet berkelajuan tinggi, sebanyak 423 ibu sawat telah di naik taraf di seluruh negara di bawah projek Jalur Lebar Luar Bandar yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar tetap dengan kelajuan sehingga 20 mega bit sesaat.

“Melalui inisiatif peluasan liputan jalur lebar mudah alih pula, sebanyak 1,686 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi dengan liputan 3G dan 4G dan 4,061 menara sedia ada juga telah dinaik taraf dengan liputan yang sama di seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan Program Negaraku: Menghubung Menyatu (CTU) Peringkat Negeri Sabah di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam.

Salleh berkata kerajaan melalui kementeriannya amat prihatin dengan perkembangan dan pembangunan yang dilaksanakan khususnya untuk masyarakat luar bandar dan di kawasan pedalaman.

“Oleh itu, melalui program perluasan skop CTU, kita telah melaksanakan aktiviti membaik pulih rumah-rumah daif di kawasan pedalaman. Sebanyak 189 projek CTU pembaikan rumah telah dikenal pasti.

“Bagi negeri Sabah, sebanyak 20 buah rumah telah dipilih untuk program baik pulih tersebut iaitu masing-masing lima di Tenom, Beluran, Sandakan dan Tawau. Kesemua rumah tersebut telah pun siap di baik pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya akan meneruskan usaha itu bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup masyarakat di kawasan pedalaman terus terpelihara.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di Sabah khususnya di Kota Belud terus menyokong usaha kerajaan untuk memastikan semua pembangunan dapat terus dilaksanakan demi kebaikan rakyat.

Mengulas mengenai program itu, Salleh berkata ia dilaksanakan selama dua hari sejak semalam dengan pelbagai perkhidmatan disediakan oleh 33 agensi kerajaan terutamanya dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Program ini yang bertujuan untuk menyemarakkan hubungan pemimpin bersama rakyat berlandaskan konsep Negaraku Malaysia juga diharap dapat mengukuhkan lagi semangat perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Kita berharap melalui program ini jurang di kalangan rakyat di luar bandar dan bandar dapat dirapatkan khususnya dari segi kemudahan internet,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jalur lebar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKP Punca Aliran Trafik Internet Tinggi?

09/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Peningkatan dalam penggunaan persidangan video, pembelajaran dan aktiviti membeli-belah melalui internet telah menyumbang kepada peningkatan permintaan jalur...

Harga Jalur Lebar Tidak Dikurangkan

21/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa harga jalur lebar tidak akan dikurangkan lagi pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd