• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

639 Calon SPM Ikuti Tuisyen Percuma Anjuran PTPTN

oleh AK-47
27/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG, 27 April (Bernama) — Seramai 639 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar Parlimen Lenggong di sini dipilih mengikuti Program Tuisyen Percuma anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kelas tambahan secara percuma itu diadakan bagi memberi galakan dan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk menghadiri kelas tuisyen.

Beliau berkata fokus utama program yang bermula dari 21 April hingga 28 Okt ini ialah pada subjek wajib lulus SPM iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Peruntukan sebanyak RM45,000 telah disumbangkan bagi menjayakan program ini, sumbangan ini sekaligus dapat juga meringankan beban kewangan sekolah terlibat.

“Ini merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN dalam memberi penekanan yang serius berkaitan pendidikan awal bagi memastikan pelajar layak melanjutkan pengajian apabila tamat pembelajaran di peringkat sekolah menengah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya perasmian Program Tuisyen Percuma di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad di sini, hari ini.

Sekolah yang menerima sumbangan dalam program tersebut ialah SMK Sultan Azlan Shah, SMK Dato’ Ahmad, SMK Tan Sri Abdul Aziz, SMK Kenering, SMK Seri Budiman, SMK Sultan Idris Shah II, SMK Gerik, Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong dan Tahfiz Pondok Air Jernih. – BERNAMA

** Sekadar Video Hiasan

Tags: PTPTNTuisyen Percuma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd