• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Sarapan Terbaik Untuk Turun Berat Badan

oleh
19/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAHAGIAN individu yang ingin menurunkan berat badan mungkin tidak mengambil sarapan, sekali gus mengambil makan tengah hari dengan beranggapan dapat mengurangkan makan.

Namun, anggapan tersebut adalah tidak tepat. Apa yang anda perlu tahu, pengambilan sarapan adalah perkara penting untuk anda kekal aktif dan bertenaga seharian.

Anda perlu pandai memilih menu sarapan supaya tidak tersalah ambil kerana kesilapan menu tersebut boleh memberi kesan dalam hidup anda sepanjang hari.

Lapor sebuah portal online, terdapat 5 sarapan yang sebenarnya sesuai terutama bagi anda yang memang mahu mengurangkan berat badan:-

1. Telur

Telur antara makanan yang istimewa kerana mengandungi 16 gram protein dan nutrient. Memakan 20 gram protein dapat membantu mengawal tahap insulin iaitu hormon yang mengawal metabolisme lemak dalam tubuh. Demikian antara sebab telur berfaedah untuk mengurangkan berat badan.

Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak manakala bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.

Mengamalkan memakan telur  adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.

2. Yogurt

Makanan ini juga mengandungi sejumlah nutrien untuk pencernaan yang baik dan membantu pembentukan tulang dan gigi. Bakteria baik (probiotik) iaitu lactobacillus dalam yogurt dapat mengatasi masalah cirit-birit, sembelit dan masalah kanser usus.

Kalsium dan protein yang tinggi dalam yogurt sangat baik untuk kesihatan. Jika anda suka yoghurt, pilihan terbaik untuk penurunan berat badan ialah Greek Yoghurt. Yogurt jenis ini tidak mengandungi gula dan dalam setiap bahagian terdapat 20 gram protein.

3. Sandwich

Roti dengan kepingan salmon, daging, dan kepingan keju adalah gabungan karbohidrat dan protein yang sempurna. Anda juga boleh menambah salad sebagai serat tambahan.

Sandwich juga adalah makanan ringan diet yang mengenyangkan. Cukup untuk mengambil beberapa keping sandwich, anda boleh bertahan hingga tengahari tanpa mengantuk.

4. Oatmeal

Oatmeal atau bahan makanan yang terbuat dari gandum ini sudah dipercaya sejak lama untuk proses diet kerana mengandungi banyak serat.

Proses pencernaannya lebih lambat bagi makanan ini boleh membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama.

Menu sarapan oatmeal biasanya berbentuk bijirin. Cara hidangan terbaik oatmeal adalah dicampur dengan susu rendah lemak dan ditambah potongan buah segar sesuai untuk selera.

5. Kurma

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gula 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semula jadi.

Memakan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Selain itu juga, kurma adalah buah yang kaya kalsium dan zat besi. Nutrisi ini boleh membantu anda dapatkan tulang dan gigi yang sihat juga kuat.

Demikian adalah beberapa jenis makanan yang dapat dikongsikan sebagai langkah penjagaan kesihatan dan makanan baik untuk mengurangkan berat badan.

Anda juga dinasihatkan untuk mengelak daripada kerap memakan makanan yang agak berat di waktu pagi seperti nasi lemak, nasi goreng, jenis-jenis mi dan roti canai.

Makanan ini mampu membuat anda mudah merasa mengantuk, keletihan dan lesu sekali gus akan mengganggu aktiviti harian yang telah anda rancangkan.

Pepatah Inggeris pun ada menyebut iaitu “Anda adalah apa yang anda makan.” – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: berat badansarapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serangan Peribadi: DAP Cuba Sekat MCA & Gerakan

Next Post

Tudung Bawal Pocong Habis Laku ‘Keras’

Related Posts

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Berat Badan Turun 18kg, Yasin Hidap Tiroid Di Penjara

Berat Badan Turun 18kg, Yasin Hidap Tiroid Di Penjara

15/03/2023
0

PETALING JAYA: Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, mendedahkan menghidap penyakit tiroid ketika berada di penjara sejak November lalu....

Next Post

Tudung Bawal Pocong Habis Laku 'Keras'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd