• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30 Rugi RM1.25 Juta Ditipu Syarikat Konon Bayar Bil

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga puluh individu mendakwa kerugian RM1.25 juta kerana ditipu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembayaran bil utiliti dan tambah nilai.

Pengerusi Biro Undang-Undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim berkata syarikat yang dikatakan dikendalikan seorang ahli majlis perbandaran di sebuah negeri bersama rakannya pada 2016 itu, didakwa menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur.

Beliau berkata syarikat itu dikatakan menawarkan pulangan pelaburan yang “tidak masuk akal”, sebanyak 65, 74, 90 dan 113 peratus.

“Contohnya jika pelabur bayar RM13,800 mereka akan dapat RM27,280… jika bayar RM23,000 pula mereka akan dapat RM49,600 dalam masa 48 minggu.

“Secara umumnya, mereka (pelabur) kononnya akan dapat menjana keuntungan dengan pembayaran bil utiliti tetapi apabila duit diserahkan kepada syarikat, sistem tidak dapat digunakan serta ditutup manakala duit mereka lesap,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Beliau berkata pihak PPIM sudah memanggil kedua-dua pemilik syarikat untuk berunding tetapi perbincangan itu gagal menyebabkan persatuan mengambil langkah menyerahkan kes tersebut kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Saya merayu agar pihak polis menyiasat kes ini di bawah kes komersial kerana ini dianggap satu penipuan.

“Kebanyakan mangsa pesara kerajaan dan mereka menggunakan duit pencen untuk menyertai skim ini dengan harapan ia dapat menjana pendapatan. Tindakan tegas perlu diambil,” katanya.

Seorang mangsa, Arbaan Abdul Mokti, 60, dari Seri Manjung, Perak berkata beliau membuat bayaran hampir RM150,000 selepas menyertai skim itu pada awal 2016.

“Mula-mula memang saya menerima pulangan tetapi pada November 2016, skim ini dikatakan mengalami masalah dan sehingga kini syarikat terbabit tidak membuat bayaran balik seperti dijanjikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ditipupelaburan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kembalikan Kertas Undi Pos Sebelum 5 Petang 9 Mei

Next Post

PAS Tiada Duit Selenggara Bangunan Sendiri!

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

13/07/2024
1

SUNGAI PETANI : Status Kedah sebagai negeri pembangkang tidak pernah menghalang Kerajaan Persekutuan memilihnya sebagai antara lokasi pelaburan utama, di...

Next Post

PAS Tiada Duit Selenggara Bangunan Sendiri!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd