• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

25 Rumah Terjejas Akibat Angin Kencang

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Sebanyak 25 rumah di sekitar Parlimen Kepala Batas rosak akibat hujan lebat dan angin kencang di negeri ini, petang semalam.

Kawasan Anggota Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bertam dan Penaga adalah yang paling teruk terjejas dalam kejadian selama dua jam bermula 5 petang itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kebanyakan rumah mangsa rosak pada bahagian bumbung akibat ditimpa pokok dan atap diterbangkan angin kencang.

“Kita buat tinjauan bagi bantuan awal kecemasan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyusul pada hari ini juga. Saya dah minta pihak ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) berdasarkan kepada peruntukan yang terbaki ketika saya masih Anggota Parlimen di sini untuk digunakan bagi menampung pembaikan semula.

“Kita ganti semua bumbung. Semua ini akan diuruskan oleh kontraktor yang telah lama melakukan projek kecil di parlimen ini. Benda (pembaikan) ini dapat diselesaikan dalam satu atau dua hari,” katanya ketika ditemui selepas melawat rumah mangsa ribut, di Kampung Permatang Manggis di sini hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa Ahmad Najib Fathil, 50, berkata semasa kejadian beliau berada di kedai runcitnya di Jalan Haji Ahmad Badawi, di sini sebelum dimaklumkan isteri yang bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang.

“Ini kali pertama tiga perempat bumbung rumah diterbangkan angin. Sebelum ini pun pernah terjadi tetapi hanya sekeping, dua bumbung yang diterbangkan. Kali ini hanya satu perempat sahaja yang masih okey, yang lain sudah rosak diterbangkan angin kencang.

“Selain itu, siling pun ada yang terkopak. Alhamdulillah semalam hujan tak lama, sebelum Maghrib dah berhenti. Cuma air hujan masuk rumah, katil dan tilam habis basah. Saya harap bantuan dapat diberikan segera sebab saya bimbang kalau hujan lagi,” katanya.

Katanya buat masa ini beliau dan isteri serta anak bongsunya menetap seketika di kedai runcitnya sementara menunggu bumbung dibaiki. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: ributRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd