• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,000 Hadiri Solat Jenazah Dr. Fadi Di Setapak

oleh Ahmad Albab
26/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 2,000 jemaah hari ini menunaikan solat jenazah Allahyarham Dr. Fadi Mohammed Al Batsh, imam dan pensyarah Palestin yang maut ditembak dua lelaki bermotosikal di Setapak pada Sabtu lepas.

Jenazah Allahyarham, yang dibawa ke surau Surau Medan Idaman, Setapak di sini pada 1.10 petang dari Unit Forensik Hospital Selayang, disambut serta diusung kenalan terdekat sebelum disembahyangkan selepas solat Zohor pada 1.30 tengah hari.

Solat jenazah itu diimamkan oleh pegawai daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada 2.15 petang, jenazah Allahyarham Fadi diusung keluar dari surau itu oleh beberapa anggota keluarganya sambil orang ramai berebut-rebut menyentuh keranda sebagai tanda penghormatan terakhir sebelum dibawa masuk ke dalam van jenazah.

Jenazah beliau kemudian dibawa ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk dibawa pulang ke negara kelahirannya di Gaza, Palestin.

Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar Al Agha berkata jenazah Allahyarham Fadi akan diterbangkan ke Kaherah, Mesir dengan pesawat Saudi Airlines pada 7 petang ini sebelum dibawa ke Gaza menggunakan jalan darat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Enas Al Batsh, 31 dan dua anak perempuan iaitu Doaa, 6, dan Aseel, 4, serta seorang anak lelaki Mohamad yang berusia setahun.

Allahyarham Fadi, 35, pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah universiti swasta, ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk solat Subuh kira-kira 6 pagi.

Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu beliau sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arahnya. – BERNAMA

Tags: Dr. Fadi M R Albatsh Fatma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Dr. Fadi: Polis Siasat Pemilik Kenderaan Sewa

27/04/2018
0

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan pemilik kenderaan sewa dipercayai digunakan suspek pembunuhan imam dan pensyarah...

Jenazah Dr Fadi Selamat Tiba Disemadikan Di Gaza

27/04/2018
0

KUALA LUMPUR — Jenazah Imam Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh yang diterbangkan ke Kaherah, Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd