• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

200 Premis Makanan Di Kelantan Dapat Sijil BeSS

oleh AK-47
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sejumlah 200 premis makanan di Kelantan telah mendapat sijil pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) sejak awal tahun ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Kelantan Natrah Abu Bakar berkata jumlah itu perlu terus ditingkatkan bagi mencapai sasaran 400 premis makanan BeSS tahun ini.

“Premis yang telah mendapat sijil BeSS itu termasuk restoran, medan selera di beberapa pasar raya utama, kantin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, MRSM Jeli, MRSM Pasir Tumboh dan hari ini pengiktirafan itu diberikan kepada Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu (KPTMKB),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perasmian Hari Terbuka KPTMKB dan Karnival Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja (PROSTAR) Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kelantan, Zulkarnain Zakaria yang turut dihadiri Pengarah KPTMKB Nik Mohd Khairi Nik Mohd Zain.

Program yang julung kali diadakan di KPTMKB itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini bagi menyampaikan mesej penjagaan kesihatan kepada masyarakat melalui aktiviti sukan dan kebudayaan.

Dalam pada itu, Natrah berkata sejumlah 1,700 kompaun telah dikeluarkan pihaknya sepanjang tahun lepas membabitkan pelbagai kesalahan termasuk pengendali makanan tidak mengambil suntikan pelalian anti-tifoid (typhoid) dan premis gagal mematuhi garis panduan kebersihan yang ditetapkan.

Katanya langkah penguatkuasaan kompaun sedang giat dilaksanakan dengan harapan pemilik premis dapat berubah dan berjaya menyediakan menu yang bersih dan selamat kepada pembeli, sejajar dengan kempen Kelantan Gerbang Makanan Sihat 2020.

Dalam pada itu katanya, orang ramai juga dinasihatkan dapat mengubah budaya makan mereka dengan hanya memilih premis yang bersih.

“Dengan cara itu, pengusaha premis makanan pasti akan berubah ke arah lebih bersih bagi memastikan gerai mereka terus dikunjungi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sijil BeSS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkongsian Kuasa Pelbagai Kaum BN Jamin Kestabilan

Next Post

Fasih Bahasa Tamil, Anak Azad Jazmin Curi Perhatian

Related Posts

No Content Available
Next Post

Fasih Bahasa Tamil, Anak Azad Jazmin Curi Perhatian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd