• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Mangsa Ribut Parlimen Kangar Terima Bantuan JKM

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seramai 18 penduduk di Parlimen Kangar, yang kediaman mereka rosak akibat dilanda ribut ​​​​​baru-baru ini, menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan kediaman masing-masing dibaiki segera.

Pengarah JKM negeri Mohammad Hazam Ismail berkata lebih RM10,000 diagihkan kepada setiap penerima mengikut tahap kerosakan rumah masing-masing berdasarkan penilaian pegawai JKM.

“Bagi seluruh Perlis, sebanyak 55 mangsa terlibat dalam kejadian ribut pada 14 April lepas dengan bantuan kewangan yang diagihkan JKM kepada setiap mangsa berjumlah lebih RM37,000,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man melawat beberapa rumah yang terjejas akibat ribut di Kampung Behor Lalang dekat sini, hari ini.

Mohammad Hazam berkata kebanyakan rumah itu mengalami kerosakan di bahagian bumbung dan bantuan JKM diberikan bagi meringankan beban mangsa untuk membaiki kediaman mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Behor Lalang Zainab Sabu berkata keprihatinan menteri besar menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di kampung itu sangat dihargai selain mengeratkan hubungan antara rakyat dan pemimpin.

“Apabila pemimpin sendiri turun padang, beliau dapat lihat sendiri apa yang diperlukan rakyat dan bantuan lebih cepat sampai kepada mereka yang memerlukan, contohnya, beberapa rumah warga emas di sini yang turut mendapat kelulusan menteri besar untuk dibaiki segera.

“Keprihatinan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) menunjukkan bahawa rakyat memilih pemimpin yang betul sebelum ini dan mereka perlu kekal memerintah agar nasib rakyat terbela,” katanya.

Sementara itu, warga emas Minah Pin, 70, berkata bantuan kerajaan akan digunakan untuk membaiki bumbung rumahnya yang rosak akibat diterbangkan angin kuat semasa ribut.

Che Lian Ahmad, 78, pula berkata kerosakan yang dialami pada sebahagian bumbung dapurnya perlu dibaiki segera demi keselesaan tiga cucu yang tinggal bersama-samanya.

“Makcik sangat bersyukur, puas hati dan berterima kasih kerana bantuan kerajaan tidak kira musim, sentiasa ada untuk rakyat yang susah seperti kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: ribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd